Friday, January 17, 2014

From Zero to Hero -Datuk Dr. Maznah binti Hamid-

FROM ZERO TO HERO

YANG BERBAHAGIA DATUK DR. MAZNAH HAMID
GROUP EXECUTIVE CHAIRMAN, SECURIFORCE GROUP OF COMPANIES


  Datuk Maznah Hamid yang merupakan usahawan perniagaan kawalan keselamatan bukan hanya terkenal di Malaysia tetapi juga di luar negara.
Beliau sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan perniagaan selain turut aktif dalam dunia politik.
Anak kelahiran Ayer Hitam, Jerlun, Kedah ini memperuntukan masa untuk berkongsi kisah peribadinya baru-baru ini.
Soalan pertama yang diajukan kepada beliau ketika temubual itu adalah gelaran wanita besi. Secara berseloroh, Maznah menjawab;
“Ramai orang geram dengan saya. Semuanya gara-gara imej berani, tegas dan kebal yang jelas tertonjol pada imej penampilan saya. Tetapi, orang tidak tahu bahawa saya terpaksa mengekal imej dan watak itu demi kerja.
“Kalau saya tidak berani dan tegas, saya akan dipijak-pijak, malah, kebanyakan pekerja saya adalah lelaki, bagi menimbulkan rasa hormat, saya perlu dominan,’’ katanya.
Namun beliau juga bimbang gelaran itu akan menyebabkan masyarakat umum beranggapan beliau seorang queen control terhadap suaminya, Datuk Shaheen Mirza.

‘‘Tanggapan (queen control) itu tidak benar sama sekali, hakikatnya, kami adalah rakan kongsi dalam perniagaan yang saling melengkapi,’’ ujarnya.
Menurut Maznah yang gembira dengan kejayaan semasanya berkata, apa yang diraih kini adalah hasil kerja keras dan usaha yang bersungguh-sungguh.
Maznah berkata, beliau berasal keluarga miskin dan dibesarkan oleh nenek sejak berusia lima tahun selepas berlaku perpecahan keluarga.
Katanya, dia merupakan kanak-kanak yang kesepian, tetapi kekurangan itu menjadi satu rahmat kerana faktor itu menyebabkan beliau berusaha keras untuk menjadi insan berjaya.
Maznah menyifatkan dirinya bukanlah pelajar pintar ketika di sekolah, tetapi amat meminati bahasa Inggeris sehingga meneruskan pengajiannya ke kolej.
Selepas menamatkan pengajian, Maznah bekerja sebagai guru bahasa persendirian atau penterjemah bahasa di pejabat kedutaan asing di Kuala Lumpur selama dua tahun.
Selain pejabat kedutaan, Maznah pernah menjadi guru bahasa persendirian di syarikat-syarikat multinasional.
Pendedahan dengan kehidupan ‘orang kaya’ sewaktu bekerja mendorong Maznah untuk turut mencari petua untuk berjaya seperti mereka.
Malah, ramai orang kenamaan yang menasihatkan beliau supaya menceburi bidang perniagaan yang beliau mempunyai kekuatan atau belum diterokai oleh orang lain.
‘‘Oleh sebab, hampir setiap hari saya berkunjung ke rumah kedutaan asing dan mendapati mereka mempunyai rumah pengawal, pengawal keselamatan dan pengawal peribadi.
‘’Jadi, saya berasa mereka (orang kenamaan) adalah merupakan golongan sasaran penting untuk mendapatkan khidmat perniagaan itu. Jadi, saya pun berfikir untuk mencuba perniagaan kawalan keselamatan,’’ ujarnya.
Berbekal duit poket dan simpanan hasil mengajar di rumah duta dan orang kenamaan sebanyak RM5,000, Maznah dan suami telah mengambil alih sebuah syarikat keselamatan pada tahun 1980 dengan menamakannya Securiforce Sdn. Bhd.

Pada waktu itu, Maznah memulakan perniagaan dengan lima pengawal keselamatan dan lima pelanggan terdiri daripada orang kenamaan.
‘’Waktu itu, saya sudah kahwin, duit tidak ada dan gagal mendapat pinjaman bank untuk membesarkan perniagaan.Jadi, kami terpaksa menjual rumah dan menyewa rumah di kawasan setinggan tanpa bekalan elektrik selama dua tahun,’’ kata beliau.
Rahmat dari kesusahan itu, Maznah mendapat kekuatan diri untuk berusaha dengan lebih gigih bersama-sama suaminya.
Katanya, universiti terbaik dalam kehidupan adalah kepahitan dan kesusahan yang menjadikan diri seseorang lebih kreatif, inovatif, kebal dan bijaksana.
Menurut Maznah, beliau dan suami menderita kesusahan hampir 10 tahun untuk memastikan perniagaan kawalan keselamatan berkembang.
‘’Saya sendiri pernah menjadi pengawal keselamatan di sebuah pasar raya menggantikan pekerja yang pulang ke kampung kerana bercuti Hari Raya Aidilfitri. Manakala suami saya pula tugas rondaan keselamatan di rumah orang kenamaan.

‘‘ Tidak siapa pun tahu ketika itu, saya adalah pemilik syarikat kawalan keselamatan,’’ jelas beliau.
Katanya, pelbagai pengalaman yang ditempuh sejak awal hingga akhir menyebabkan pihaknya berjaya mengadakan sistem keselamatan yang canggih dan menyeluruh pada waktu ini.
Maznah berkata, pihaknya turut pernah melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung dan juga pelbagaiproduk, untuk mendapat modal pusingan.
Beliau yang mendapat pengiktirafan pertama iaitu Anugerah Usahawan Cemerlang pada 1990 berkata, seseorang usahawan perlu mempunyai pelbagai kemahiran dan pelbagai bakat.
Pada malam penyampaian anugerah itulah Maznah buat pertama kali mendapat gelaran ‘wanita besi’ yang diberikan oleh pengacara majlis pada waktu itu.
Kini, Securiforce mempunyai 65 cawangan di seluruh negara dengan 5,000 kakitangan, 4,000 daripadanya merupakan pengawal keselamatan.
Syarikat itu kini telah menembusi lebih 10 buah Negara.


Usahawan ini dikenali sebagai The Iron Lady atau Wanita Waja.gelaran itu mencerminkan dirinya yang bersikap dinamik dan berpendirian teguh dalam mempertahankan apa yang beliau usahakan sehingga mencapai impiannya. Datuk Maznah berpegang pada falsafah “modal utama adalah diri sendiri”. Beliau benar-benar yakin dorongan dari dalam dapat memacu individu itu menjadi cemerlang.

Nama Datuk Maznah Hamid bukan sahaja tersohor sebagai usahawan terkemuka tetapi juga terkenal sebagai penceramah motivasi. Berasal dari Ayer Hitam, Kedah, beliau dibesarkan oleh neneknya dan diterapkan dengan pendidikan agama serta diasuh dengan budi pekerti yang baik sejak kecil. Datuk Maznah adalah wanita Malaysia pertama mengurus syarikat kawalan keselamatan.

Datuk Maznah dan uaminya memulakan operasi Securiforce Sdn. Bhd. Pada tahun 1981 beliau menggunakan modal RM5 ribu dan lima orang pengawal bagi memulakan perniagaannya.Datuk Maznah turut menyandang bebrapa tugas serentak pada waktu itu. Oleh kerana tiada upaya bagi mengambil ramai pekerja, Datuk Maznah serta rakan kongsinya iaitu Tuan Haji Shaheen, terpaksa melakukan semua tugas daripada operasi, bill collector, peronda dan kadangkala menjadi pengawal apabila pekerja-pekerja mereka bercuti raya ataupun cuti umum. Beliau belajar erti susah dan pengorbanan dalam dunia perniagaan. Pengalaman uti membolehkan beliau mencipta dan menjual sistem kawalan keselamatan.

Pada peringkat awal, Securiforce Sdn. Bhd. Hanya member khidmat kawalan keselamatan biasa dan khidmat Cash-In-Transit. Ia terpaksa bersaing dengan ratusan syarikat kawalan keselamatan yang sudah bertapak kukuh. Berkt usaha gigih Datuk Maznah yang berterusan, syarikatnya berkembang maju. Kini ia mempunyai lebih 50 buah cawangan di seluruh Negara, lebih daripada empat ribu orang pekerja dan dikelilingi ratusan senjata api serta ratusan buah van kalis peluru.

Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif di peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistics dan membuka cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai kejayaan Datuk Maznah adalah semua anak syarikatnya ditubuhkan danberkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada pihak bank. Kejayaan ini dikagumi oleh pelbagai pihak dan lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau adalah modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri.
Kumpulan Securiforce ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kawalan keselamatan professional,antaranya :
1.       Securiforce Logistics Sdn. Bhd., mengendalika perkhidmatan kargo melalui udara, laut dan darat serta system gudng dan pengedaran bersepadu.
2.       Securiforce Transport Sdn. Bhd., menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatn secara elektronik seperti pemasangan kamera CCTV, central monitoring system, electronic card access system, system kawalan kebakaran dan membekal peralatan-peralatan untuk institusi pengajian tinggi.

Hasil daripada kegigihan dan kepintaran beliau menerajui syarikatnya, kini Securiforce emepunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju dalam bidang hartanah. Antaranya adalah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak, Cheras yang membina kondominium berserta penthouse yang eksklusif.

                Oleh kerana minat yang begitu besar pada pembangunan insan, beliau menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelola seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insane. Sifat tabah, berani, semangat yang beliau miliki adalah asset utama diri beliau dan itu yang cuba diterapkan kepada orang ramai melalui seminar Zaro to hero dan Awaken the pirit of entrepreneurship/intraperneurship. Melalui seminar itu, beliau ingin membangkitkan dan mnyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan.

Datuk Maznah Berjaya menerbitkan buku berjudul Motivasi Memburu Kejayaan berdasarkan pengalaman serta prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya dalam usahanya memburu kejayaan. Di dalam bukunya Datuk Maznah berkongsi pelbagai rahsia kejayaannya. Beliau bercerita tentang prinsip hidup dan pengalamannya dalam memburu kecemerlangan. Antara kata-kata yang menjadi pendorong semangat dalam buku itu berbunyi, “Usahlah hanya sekadar menjadi pemerhati kepada kejayaan orang lain. Rebutlah peluang perniagaan yang sentiasa terbuka luas di negara kita sendiri.

Datuk Maznah bergerak aktif dalam pelbagai persatuan, pertubuhan dan dilantik menjawat beberapa jawatan antaranya :
         Vice President of the Women World Entrepreneur Association (FCEM).
         Ahli Lembaga Pengarah, Golden Hope Plantations Berhad.
         Ahli Lembaga Pengarah, Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah Darul Aman.
         Pengerusi Danau Lumayan (peneraju hartanah di Bandar Tun Razak).
         Felo Adjung, Sekolah Penbangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia.
         Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Uniutama Property Sdn. Bhd. UUM.
         Ahli Majlis, Kementerian Pembagunan Usahawan dan Koperasi (MECD).
         Ahli Majlis, Penasihat Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
         Pengerusi Ekonomi  & Keusahawanan Wanita Negeri Kedah.
         Presiden Kehormat Usahawati & Peniagawati.
Datuk Maznah juga adalah isteri dan ibu kepada lima orang anak.Keluarga adalah pemangkin utama kejayaan dan sumber inspirasi beliau. Malah anak-anak dilatih serta ditetapkan semangat keusahawanan semenjak awal lg. Demikianlah antara symbol kejayaan beliau sehingga dianggap sebagai model usahawan yang Berjaya dan dikagumi pada masa kini. Oleh itu, gelaran The Iron Lady adalah layak untuk beliau.

Sunday, January 12, 2014

i-SMART WATCH

I-SMART WATCH





1.0  RINGKASAN EKSEKUTIF & IDEA PERNIAGAAN

ISMART WATCH merupakan sebuah jam tangan di mana, chip RFID terdapat di dalamnya.I-SMART WATCH akan terus berhubung terus kepada satu lagi peranti iaitu telefon pintar apabila pengguna mengaktifkan telefon pintar mereka. Jam tangan ini bukan sahaja memaparkan masa, tarikh,suhu tetapi juga terdapat sensor dan butang amaran jika berlaku kes kecemasan dan memudahkan untuk mengetahui kedudukan seseorang. Pada telefon pintar pula akan memaparkan peta atau lokasi seseorang itu.

Kami memilih untuk menggunakan pusat membeli-belah sebagai model bangunan.  Pusat membeli belah merupakan tempat agak besar dan suasana yang sesak amat sesuai bagi melancarkan projek ini.  Peranti ini merupakan satu peranti khas yang tingkas dan mudah untuk kegunaan ibubapa dan kanak-kanak.  Sistem ini boleh digunakan untuk mencari kanak-kanak semasa di lokasi bangunan pusat membeli-belah dengan cepat dan secara tidak langsung dapat menjimatkan masa ibubapa agar tidak kehilangan anak mereka.


2.0  ISU YANG RELEVAN BERKAITAN DENGAN PRODUK 

Kami mendapati masalah ibubapa keciciran dan kehilangan anak-anak mereka semasa berada di pusat membeli belah adalah suatu itu yang amak membimbangkan.  Ia juga merupakan satu tiket bagi para penjenayah untuk mengambil kesempatan dengan keadaan ini.  Dengan keadaan pusat membeli belah yang mempunyai keluasan kawasan yang agak luas dan sesak, kami memandangnya sebagai satu masalah dan juga peluang yang boleh kami gunakan untuk mencipta satu alat iaitu berkaitan dengan peranti yang menggunakan FRID sebagai sensor dan telefon pintar sebagai mengesan melalui peta logaki yang dipaparkan.


3.0  PENERANGAN PRODUK JURANG MASALAH, ATAU PELUANG PERNIAGAAN 

Untuk merekacipta alat ini, ia memerlukan kepakaran dalam bidang IT iaitu bidang mekanikal, elektronik dan pengaturcaraan atau JAVA kerana aplikasi ini menggunakan aturcara yang banyak untuk menjayakannya.  Dalam pada itu, sistem ini masih belum digunapakai oleh mana-mana pihak.  Maka, terdapat peluang besar sekiranya projek I-SMART WATCH ini berjaya.


4.0  KEUNIKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI 

Teknologi semakin hari semakin berkembang dengan terciptanya "Android" , maka kami terfikir untuk membuat satu aplikasi menggunakan android yang boleh berhubung terus dengan produk jam tangan kami.  Di dalam jam tangan ini terdapat peranti RFID yang mempunyai teknologi yang mengandungi gelombang radio dan pada mikrochip tersebut terdapat antena untuk berhunung dengan telefon pintar.  Pada telefon pintar pula mempunyai aplikasi yang menggandungi maps atau peta, aktiviti pada hari, minggu dan bulan anak-anak juga boleh dicapai.  Ibubapa boleh memantau pergerakan anak-anak mereka samada ibubapa itu berada di rumah sekali pun.  Ini kerana sistem ini boleh mengesan anak-anak mereka sehingga jarak 1.5km.


5.0  SASARAN PENGGUNA

  1. Ibu Bapa
  2. Kanak-Kanak
  3. Orang awam 
  4. Pelancong


6.0  PASARAN & PERSAINGAN

6.1  PERSAINGAN 

Kami yakin dengan industri teknologi yang semakin berkembang maju.  Kini penggunaan telefon bimbit pintar mudah digunakan oleh orang ramai dan penggunaan jam tangan pintar juga mudah dibeli oleh pengguna pada harga mampu milik.  Pihak kami menjalankan kaian yang menunjukkan belum ada lagi syarikat yang menyediakan produk ini kerana apa yang ada dipasaran kini hanyalah telefon pintar dan jam tangan yang tidak boleh mengesan kedudukan seseorang.

6.2  PEMASARAN 

Kami memberi fokus yang lebih kepada tempat yang berlokasi besar seperti di pusat membeli belah, sekolah dan bangunan yang mempunyai keluasan besar.


7.0  DAYA KOMERSIL

7.1  POTENSI PENGIKLANAN PRODUK 

Kami yakin I-SMART WATCH ini dapat mencapai sasaran dan berjaya dipasarkan berikutan manfaat yang boleh diperolehi daripadanya seperti lokasi mudah dikesan, penjimatan masa, kecil dan mudah digunakan(hanya pengguna android sahaja).


8.0 PRODUK




Alat yang digunakan adalah telefon pintar dan jam tangan pintar




  • User perlu memilih menu untuk memulakan aplikasi.
  • Menu setting diperlukan untuk memulakan pengesanan.
  • Selepas mengisi pada checkbox, sistem akan mengesan pada device jam yang dipakai oleh pengguna.
  • Remote device digunakan untuk mengaktifkan carian.

Dashboard akan memaparkan navigasi pengguna jam
Alarm akan berbunyi sekiranya pengguna berada di lingkungan luar kawasan

Pergerakan pengguna jam akan direkod di dalam movement log

ZERO TO HERO - ROSMAHWATI


NOOR ARFA BATIK SDN  BHD

SEJARAH PENUBUHAN

Siapa sangka namanya tidak segah semasa zaman dahulu. Mungkin disebabkan kerana namanya tidak dikenali umum dalam bidang pembuatan batik Terengganu. Pengasas Noor 
Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long mula berjinak dengan batik semasa menjadi 
pembantu makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an.

Wan Mohamed Ariffin Wan Long

Semuanya bermula selepas Noor Hijerah mengikuti kursus kraf tangan di Lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia (LKKM), cawangan Kota Bharu, Kelantan pada lewat 70an. Di situlah 
beliau bertemu dengan suaminya ketika itu merupakan salah seorang tenaga pengajar 
di LKKM. Namun selepas mengikuti kursus beliau kembali ke Kedah dan menjalankan aktiviti kraf tangan di kampung halamannya.Selepas berkahwin, Noor Hijerah mengikuti suaminya 
dan menetap di Kuala Terengganu. Disinilah bermula segalagalanya. Menyedari betapa minat dan serius isterinya dalam bidang kraf tangan ini, maka Wan Mohd.Ariffin memastikan impianHijerah menjadi kenyataan.


Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan dengan minatnya yang mendalam di bidang 
perniagaan, Wan Mohamed Ariffin,meletak jawatan kerana untuk menceburi perniagaan 
batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik negara, untuk 
membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd. Beliau memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan di belakang rumah sewa mereka di kampung Tanjung, Kuala Terengganu dengan 
bermodalkan simpanan RM1,000 sahaja dan pinjaman Mara sebanyak RM5,000 bersama 
isterinya, Puan Noor Hijerah Hanafiah. Produk awal Noor ArfaBatek ialah kaftan batik.

Di peringkat awal, produk nor arfa dijaja sendiri. Biarpun melalui pelbagai cabaran dan 
rintangan dan tidak kurang penatnya. Menurut pengasas nor arfa - seorang pelancong 
memberitahu mengapa beliau tidak menghasilkan rekaan yang disukai pelancong juga. 
Rekaan yang lebih kontemporari. Katakatanya itu bagaikan memberi ilham kepadanya untuk menghasilkan yang lebih kontemporari.

Menurut, Wan Mohd Ariffin pada peringkat awal, iaitu pada 1980 semua operasi dilaksanakan beliau secara separuh masa bersama isterinya.Mereka lah pekerja pengeluaran, mereka juga mengendalikan operasi pemasaran dan jualan. Bagaimanapun apabila permintaan meningkat, pasangan itu mula mengembangkan operasi dan mengambil 10 pekerja. Dengan sokongan 
pinjaman bank sebanyak RM50,000, mereka membuka bengkel pengeluaran cawangan 
di Jalan Sultan Zainal Abidin dan Kampung Aur, Simpang Empat Chendering, Kuala 
Terengganu. 

Setahun selepas itu, operasi Noor Arfa Batek terus berkembang dengan jumlah kakitangan 
ditambah kepada 25.Akhirnya selepas 26 tahun bertungkus-lumus, Encik Wan Mohamed 
Ariffin kini mampu memiliki sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Cendering, Kuala 
Terengganu dengan dibantu oleh 200 orang pekerja dan telah mengeluarkan 150 produk batikTerengganu. Noor Arfa Batik kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di 
Kuala Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah.
Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama batik
lukisan tangan yang menggunakan canting.

 Proses pembuatan batik (melukis dan mencanting)

 Melukis, mencanting, merebus dan mencetak

Cara pembuatan blok untuk corak pembuatan batik

Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan rekaan
corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi tumpuan selebriti tempatan seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira.

Produk Noor Arfa batik ialah dalam bentuk lukisan tangan dan cetakan yang menghasilkan 
kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta cenderamata.

Wan Mohamed Ariffin bangga keyakinannya terhadap perusahaan batik ternyata tidak silap 
sehingga kekal berjaya hingga kini dan ditambah pula dengan keluaran batik kembali popular dan diiktiraf negara.

Malah dengan perkembagan teknologi, sejak 10 tahun lepas syarikat itu menggunakan laman webnya, www.noor-arfa.com untuk mengembangkan pasaran ke luar negara, katanya.

Atas daya usahanya, Wan Mohamed Ariffidipilih sebagai pemenang pertama dua anugerah Mara -- Anugerah Usahawan Cemerlang dan Anugerah Usahawan Berjaya.

Beliau menerima sijil penghargaan serta wang tunai berjumlah RM15,000 daripada Menteri 
Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamed Khaled Nordin.

Saturday, December 28, 2013

MISI dan VISI

   
 -RFID Technologies Sdn Bhd-


    Visi
  • Menjadi salah satu organisasi terkemuka di peringkat antarabangsa sebagai penyedia dan perunding sistem RFID terintegrasi.
    Misi

  • Menyediakan sistem dan peralatan RFID terkini bagi mewujudkan ruang kerja yang lebih selesa dan efektif
  • Menyediakan khidmat nasihat dan penaiktarafan sistem RFID kepada sistem yang lebih terintegrasi.  

Friday, December 27, 2013

RANGKA KURSUS


Department & Faculty:

SPACE

Total Lecture Hours: 42 hours lecture

Day: Saturday
Venue: UTMKL
Time: 2:30 – 10:00pm

Subject & Code:
IT Entrepreneurship
(SCD4763/SCK4763/SCK3463/
UCD3763/SCM4223)

Semester: I
Academic Session: 2012/21013

LECTURER
TEL NO. / ROOM
E-MAIL
NorHashim bin Abu Samah
07-5532239/ D07 361-01

Synopsis

This course will provide an overview of the basic concepts on entrepreneurship focusing on the nature, environment, and risks of new venture formation and building of businesses. It is designed to explore the personality of the entrepreneur and how innovative business ideas are created. Students will learn to consider various type of business models, conduct feasibility studies, write a business plan, and evaluate problems and finding solutions to those problems in order to come out with creative and innovative IT products and services. Furthermore, students will also learn plan the strategy required to start a new business using Blue Ocean Strategy approach. Students will also be exposed to case study method using a combination of cases from the textbook and Harvard Business School cases in order to give them exposure to the real world problems. Active participation by students during class discussions and activities is encouraged and expected.

Learning Outcomes
At the end of the semester, the student will have the:
CO
Course Outcomes
Related Program Outcome (PO)
Evaluation Method
1.
Identify the overall entrepreneurial process and solve real world problems through creative and innovative IT solutions.
PO1 (C2, P1, A1)
PO3 (C2, P1, A2)
A, Prs, CS, FA,Q
2.
Use entrepreneurship skills to investigate business opportunities and the feasibility of transforming business concepts into viable IT business.
PO1(C4, P2, A3)
PO8 (KK1)
PR, Prs, FA, CS
3.
Demonstrate leadership skills through role-playing of various business positions in operating a business venture.
PO9(LS1, LS2)
Prs,CS
4.
Present business solutions for a specific context confidently, effectively and clearly
PO4 (CS1, CS2, CS3, CS4)
PR, Prs, CS
(PR – Project; Q – Quiz; A – Assignment; CS – Case Study; Prs – Presentation; FA – Final Exam)

Student Learning Time
Teaching and Leaning Activities
Student Learning Time (Hours)
Face to Face Learning
Lecturer centered
Lecture
14
Student centered
Practical/Lab/Tutorial
-
Student Centered Activity (plus in-class assessment)
28
Others
-
Others

-
Sub Total
42
Self Learning
Non Face to face or Student Centered Learning (SCL)
Assignments
18
Reports
4
Project
18
Group Discussion
10
Others
-
Revision

5
Assessment Preparation

11
Others

-
Sub Total
66
Formal Assessment
Continuous Assessment
Quiz
1

Exam
3

Presentation
6
Final Examination

3
Others

-
Sub Total
13
TOTAL
120

Generic Skills Addressed

  • Managerial skills
  • Team Working
  • Communication skills
  • Updated with technological trends

Teaching Methodology
To meet the course objectives, this class will use a combination of methods and activities. A variety of readings, assignments, case methods, projects, and exercises will be used to gather or apply related information. In addition, facilitated lectures, multimedia presentations, field trips and discussions will be used to give additional information or to reinforce or enhance the learning content. Guest speakers – Entrepreneurs and Professionals will provide additional perspectives to the classroom experience.
References

Barringer, B. R & Ireland, R. D. 2010. Entrepreneurship: Successfully Launching New Ventures, 3rd Ed. Pearson, New Jersey. (Textbook – RM84.00)

Baron R. A. & Shane, S. A., 2008. Entrepreneurship:  A Process Perspective, 2nd Ed. Southern-Western Cengage Learning, Ohio.

Kim, W. C & Mauborgne, R. 2005. Blue Ocean Strategy, Harvard Business School Publshng,Boston, MA.

Osterwalder, A. 2004. The Business Model Ontology - A Proposition In A Design Science Approach, Unpublished PhD Theses.

AirAsia Case Study Article,    Netflix Case Study Article

Assessment
Methods
No
Percentage
HBS Case Studies
2
10
Assignments (Class Exercises & Activities)
5 - 6
25
Quiz
2
5
Project (Entrepreneur Challenge / BIC / Entrepreneur Interview)
2
30
Final Exam
1
30



TOTAL

100




Weekly Plan

Week
Date
Topics
Remarks
Tentative Activities/Assignments


PART 1 – WHY BECOME AN ENTREPRENEUR?
1
M1
1.0  Course Introduction
Why become an Entrepreneur?
The importance of entrepreneurship
The national entrepreneurship agenda
The Entrepreneurial Journey
Planning a Business Venture
Choosing a Company Name
Building a new Venture Team
Ice Breaking

Flying a Jet Plane

Class Activity1:
Team Building / Company Formation & Reg.
Business Card

Portal / Blog Reg & Dev: Briefing

2
M1
2.0 Entrepreneur & Entrepreneurship
The Entrepreneur / The Founder
Entrepreneurial Process
Myth & Perceptions
Entrepreneur Profiling
Malaysian  Successful Entrepreneurs
World  Renowned Entrepreneurs

Class Activity2:
Brain Profiling

Assignment1:  i-Usahawan
   Profile of Ent by Pop Products

Assignment2: articles of
Usahwn Jaya & Grad Usahwn.

3
M2
3.0 Creativity and Innovation
Invention, Creativity, Innovation
Creative Ideas
Innovative Ideas
The role of creativity & Innovation

Class Activity3:
Product Ideas in Diff Context

Project1: Entrepreneur  Interview
Profile of Usahawan Jaya

4
M2

HARVARD BUSINESS SCHOOL I



MiniCase1:  KLYMIT

HBS Case1:  AirAsia




PART 2 – HOW TO DEVELOP A GREAT BUSINESS  IDEAS?
5
M3

4.0  Idea Generation and Evaluation
Problems, Opportunities, Solutions
Techniques for Generating Ideas
How global brands are created
Best Business Ideas
Blue Ocean Strategy

ENTREPRENEUR CHALLENGE

Class Activity4: Eureka

MiniCase2:  Kathryn Kerrigan

Project2:  BIC



Historical Melaka Challenge
Tg Piai Challenge
6
M3

5.0 Feasibility & Viability Analysis
Product/ Service Analysis
Industry/ Target Market Analysis
Organizational, Financial  Analysis
Feasibility Analysis



MiniCase3: Think Gum

BIC Brainstorm: Analysis

7
M4

6.0 Industry and Competitors Analysis
Competitor & Analysis
Industry Analysis



Industry & Competitor Analysis of
 i-Usahawan

8
M4
7.0 Business Model & Business Plan
Constructing an effective Business Model
Writing a winning  Business Plan
Value Proposition

MiniCase 4: Amie Street

MiniCase 5:  Group Table

Case Study: Air Asia/MAS
i-Usahawan

9
M5
HARVARD BUSINESS SCHOOL II

HBS Case2: Netflix
ENTREPRENEUR  Challenge Presentation



PART 3 – TRANSFORMING YOUR  IDEA TO REALITY?
10
M5

8.0 Entrepreneurial Strategy
Porter Competitive Forces Model
Blue Ocean Strategy
SWOT Analysis

CaseStudy:  i-Usahawan
11
M6
9.0 Business Funding
Funding Opportunities
Bootstrapping
Elevator Pitch

Class Activity5: 
Stock Exchange

Assignment2: BPlan Dev of
 i-Usahawan

12
M6

10.0 Entrepreneurial Marketing
Psychographic  of Consumers
The 4Ps of Marketing
Marketing through Social Media
 Associations & Memberships


Class Activity6: 
Wadi

JetPens.com
MobileMoney.com
Red Mummy.com
Arowana.hpage.com

13
M7
11.0 Business Ethics


Class Activity7: 
X-Y Consortium

14
M7

12.0  Project Presentation

13.0  Revision / Debriefing


Projec1 Presentation:
Profile of Usahawan Jaya


Project 2 Presentation:
BIC


Portal / Blog Presentation


15


Final Exam