KOPERASI USAHAWAN INTERNET SELANGOR BHD
Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd (KPUISB) diwujudkan selaras dengan kempen kerajaan Malaysia untuk memacu pembangunan ekonomi dengan mewujudkan lebih ramai usahawan. KPUISB dikenali ramai melalui Program Pembangunan Usahawan Internet yang unik dan berkesan.
Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd telah berkembang dengan pesat sejak penubuhannya pada Januari 2009 dan ianya akan menjadi platform kepada individu, badan-badan kerajaan, pihak swasta mahupun korporat secara keseluruhannya untuk melahirkan usahawan internet.
Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd telah berjaya melahirkan lebih daripada 100 orang usahawan internet melalui program-program yang dirancang dan dikawal selia secara professional serta kaedah perniagaan internet yang mudah, praktikal dan berkesan.
Sejak ditubuhkan sehingga Februari 2010, Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd telah mempunyai ahli lebih daripada 220 orang.Pada tahun 2010, Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd telah mensasarkan kenaikan lebih 100% dalam melahirkan lebih ramai usahawan internet. Melalui sistem sokongan pelajar yang professional, pemasaran yang unik, promosi yang berkesan, sokongan dari rakan niaga, sokongan kerajaan mahupun pihak swasta dan sistem pengurusan yang cekap dan professional, Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd yakin dapat melahirkan 1000 usahawan internet dalam setahun.

[1] Lisa Fong
Nama: Lisa Fong
Syarikat: OSCAR Footwear Marketing Sdn Bhd
Lisa Fong, adalah pengarah urusan OSCAR Footwear Marketing Sdn Bhd.
Sejak di bangku sekolah lagi, beliau selalu membantu bapanya di kedai
kasut untuk mendapat sedikit wang saku. Pengalaman tersebut telah
mempengaruhi beliau untuk menceburi industri yang didominasi lelaki.
Tetapi beliau tidak maju ke hadapan dengan menghasilkan kasut lelaki,
sebaliknya beliau beralih kepada bidang pembuatan kasut keselamatan (safety footware).
Pada hari ini, pelanggan syarikat beliau adalah termasuk nama-nama besar
seperti Petroliam Nasional Bhd, Top Glove Bhd, Fraser & Neave
Holdings Bhd, The Federal Land Development Authority, Seagate Industries
(M) Sdn Bhd dan The Royal Malaysian Police. Produk syarikat juga
dieksport ke Thailand, Singapura, Vietnam, Kanada dan Fiji. Oscar
Footwear Marketing adalah No 1 syarikat safety footware di Malaysia.
Dilahirkan dan dibesarkan di Seri Kembangan di Selangor, Beliau pergi ke
London untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pembuatan kasut. Semasa
di London, beliau berkerja di kedai kasut Bata untuk mendapatkan banyak
lagi pengalaman dalam industri pembuatan kasut.
Kemudian beliau dan abangnya telah mengambil alih syarikat bapanyapada
tahun 1980-an. Pada ketika itu, syarikat tersebut bergantung sepenuhnya
kepada tenaga kerja menghasilkan kasut. Disebabkan itu, beliau telah
manaik taraf proses pembuatan dengan membeli jentera berteknologi tinggi
untuk meningkatkan lagi produktiviti dan kerumitan yang dihadapi oleh
syarikat .
Perniagaan, yang pertama kali bermula di sebuah rumah kedai telah
berkembang kepada pembukaan kilang yang lebih besar yang mampu
menghasilkan 1,000 hingga 1,200 kasut setiap hari berbanding 500-700
kasut sebelum ini.
Matlamat beliau kepada syarikat adalah untuk menjadikan Syarikat OSCAR Footwear Marketing Sdn Bhd sebagai salah satu syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.
[2] Dato' Siti Nurhaliza
Nama: Dato' Siti Nurhaliza Bt Tarudin
Umur : 34
Syarikat:Simply Siti sdn.Bhd
Usahawan Dato’ Siti Nurhaliza adalah Penyanyi No 1 Malaysia, .
Pelancaran produk kosmetik dan penjagaan kulit jenamanya sendiri iaitu
“SimplySiti” sememangnya mendapat sambutan hangat daripada peminat
beliau yang pastinya sangatlah ramai di seluruh negara termasuk di
Singapura, Brunei dan Indonesia.
Pelaburan besar telah dibuat untuk menghasilkan produk kecantikan
bermutu merangkumi penjagaan kulit SimplySiti C Bright, SimplySiti New
Age dan SimplySiti Acne Solution selain Krim Simply 5 yang istimewa.
Harapan ahli perniagaan muda ini adalah supaya produk sulung beliau
mampu menembusi pasaran negara luar terutama jiran terdekat iaitu
Singapura, Brunei dan Indonesia selain Timur Tengah memandangkan ia
diiktiraf halal oleh Jakim. Ini penting kerana majoriti bakal pembeli
produk ini adalah terdiri daripada golongan orang islam.
Memanfaatkan pengalaman menjadi duta produk kecantikan seperti
Maybelline & Pantene, semua produk SimplySiti dipasarkan di lebih
200 rangkaian farmasi Watson seluruh negara dan pasar raya Jusco.
Kehadiran suami beliau, Dato’ Khalid sebagai rakan kongsi yang mempunyai
pengalaman luas dalam bidang perniagaan sememangnya membantu menjayakan
perniagaan kosmetik beliau.
Menggunakan khidmat ahli saintis dari Korea, bahan-bahan yang digunakan
dalam produk SimplySiti semuanya berunsurkan bahan-bahan semula jadi
seperti ekstrak daun Prunella Vulgaris yang mampu merawat semuala luka
dan radang kulit. Sepertimana yang diketahui, Korea merupakan pusat
pembikinan dan pembuatan produk kosmetik yang terunggul di dunia,
Beliau dan pasukannya telah membawa beberapa ahli saintis Korea ke
Malaysia untuk mengkaji dan merasai cuaca di sini supaya mereka faham
masalah dialami oleh wanita-wanita di Malaysia. Dan seperti yang boleh
diagak, jualan produk SimplySiti sangat memberansangkan walaupun baru
satu bulan ia dilancarkan. SimplySiti dinobatkan sebagai "The Best Halal
Product" dalam kategori kosmetik oleh majalah Halal Journal Magazine.
[3] Rozita Ibrahim
Nama : Rozita Ibrahim
Syarikat: Sendayu Tinggi Sdn.Bhd
Beliau adalah seorang usahawan wanita yang berjaya dengan jenama Sendayu
Tinggi. Beliau pernah menjadi penoreh getah, hidup penuh kedaifan dan
serba kekurangan hinggakan pada suatu ketika bayinya diberi minum sirap
bagi menggantikan susu. Kepayahan dan penat jerihnya tidak berbayar
dengan kesenangan malah ia pernah meragut nyawa anak keduanya yang sakit
dan lumpuh ekoran tidak berwang untuk mendapatkan rawatan terbaik.
Pepatah hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat sungguh
terkesan di hati dan mencabar dirinya untuk bekerja lebih kuat bagi
memperoleh pendapatan yang selesa.
Sebelum bergelar usahawan yang berjaya dengan empayar perniagaan
sendiri, Beliau mengakui pelbagai peristiwa duka melingkari perjalanan
hidupnya.
Ketabahan, kekuatan dan sentiasa yakin terhadap usaha sendiri dibalas
dengan kejayaan yang mengangkat dirinya menjadi usahawan yang disegani.
Sendayu Tinggi amat dikenali dengan rawatan herbanya apatah lagi Sliming
Set yang kian popular telah terbukti berkesan dalam menguruskan badan.
Bermula dengan manjadikan diri sendiri sebagai bahan ujikaji seterusnya
menubuhkan syarikat pada tahun 1997 dan bertapak secara meluas sekitar
tahun 1999, sekali lagi beliau mancipta revolusi kecantikan dan
berpaling arah dalam meliasasikan kecantikan wanita.
Sendayu Tinggi telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk
tradisional dan kilang ini telah memperoleh lesan Amalan Perkilangan
Baik (GMP) yang terletak di Pulau Indah, Klang, Selangor. Jumlah
pengedar kini lebih 2,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura
dan terbaru di Jepun, China, Taiwan dan Korea. saya bercita-cita
membentuk usahawan wanita daripada golongan yang kurang bernasib baik
dari segi peribadi mahupun pencapaian karier. Kebanyakan jaringan
Sendayu Tinggi berjaya dibimbing melalui roadshow yang berbentuk
motivasi.
[4] Azizah Omar
Nama : Azizah Omar
Syarikat: Omar Ali Holdings Sdn.Bhd
Beliau adalah Pengarah Urusan, Omar Ali Holdings Sdn. Bhd. Sayarikat
yang beribu pejabat di Kampung Baru, Kuala Lupur itu diasaskan oleh ayah
beliau, allahyarham Omar Ali, pada tahun 1935. Bisnes ayahnya bermula
dengan menjual pakaian tradisional di sebuah bazar yang kini menjadi
tapak Wisma Yakin, di Jalan Masjid India. Selain baju Melayu, ayahnya
juga mahir menjahit sut iaitu pakaian popular di zaman pemerintahan
Inggeris dahulu.
Kini bisnes keluarga yang diwarisi generasi kedua itu berkembang maju.
Selain beroperasi di kampung Baru dan Wisma Yakin, mereka memiliki
sebuah butik di pusat membeli belah Alamanda di Putrajaya. Butik itu
menjual koleksi pakaian berjenama Omar Ali. Menjual pakaian siap,
mengambil tempahan baju kurung, kebaya, baju Melayu, sut korporat dan
pakaian seragam untuk individu dan pihak swasta seperti bank, hotel dan
kilang. Syarikat itu juga membida tender-tender membekal pakaian kepada
jabatan-jabatan kerajaan.
Azizah adalah graduan jurusan eknomi dari Northern Illinois University,
America Syarikat. Beliau adalah anak bongsu daripada sebelas orang
adik-beradik.
Pengalaman bisnes lebih 70 tahun dan dibantu 30 orang tukang jahit
mahir, Omar Ali Holdings mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain.
Para pelanggan yang serasi dengan perkhidmatan mereka datana
berulang-alik sejak usia muda hingga ke hari tua mereka. Bisnes keluarga
ini berjaya kerana mereka sentiasa menjaga mutu jahitan, mengikut
peredaran fesyen dan memenuhi kehendak pelanggan. Selain pasaran
tempatan, Omar Ali Holdigs juga menerima tempahan dari luar negara.
Cita-cita beliau adalah memastikan bisnes yang dimulakan oleh arwah
ayahnya dapat diteruskan oleh ahli-ahli keluarganya yang lain supaya
kejayaan yang dicapai dapat berkongsi bersama demi masa hadapan mereka,
baik ahli keluarga serta para pelanggan yang dimuliakan.
[5] Helen Read
Nama: Helen Read
Syarikat: Ms Read Sdn. Bhd
Helen Read adalah jenama pakaian wanita. Ia juga adalah nama pengasas Ms
Read Sdn. Bhd, syarikat yang mengendali rakaian butik pakaian untuk
golongan wanita bertubuh besar. Kini terdapat sembilan buah butik dan
kaunter Ms Read di beberapa pusat membeli belah di Kuala Lumpur.
Antaranya di One Utama Shopping Center, Midvalley Megamall, Alamanda
Putrajaya, Subang Prade, Sogo, Lot 10, Ampang Point, Isetan KLCC dan
Maju Junction. Butik Ms Read juga terdapat di Pulau Pinang dan Johor
Bahru.
Helen Read yang dilahirkan di England adalah berdarah campuran Cina dan
Inggeris. Bapa beliau berasal dari Ipoh, Perak. Helen adalah bekas
eksekutif di Hotel Merlin, Kuala Lumpur berkelulusan dalam bidang
pengurusan hotel di Loughborough Collage, England. Beliau mengambil
keputusan berhenti kerja selepas mendapat anak pertama. Ketika anak
sulungnya, Benjamin Yong berusia dua tahun, seorang kawan mengajak Helen
berkongsi niaga dalam bisnes membuat pakaian, Helen bersetuju dengan
tawaran itu, bagaimanapun beliau hanya melibatkan diri secara sambilan.
Kilang mereka membekal pakaian wanita ke pusat-pusat membeli belah
seperti Isetan, Metrojaya dan jaya Jusco.
Pada tahun 1982 rakan kongsi Helen mengikut suaminya berpindah ke negeri
lain. Sejak itu Helen mengambil alih pengurusan kilang sepenuhnya. Pada
tahun 1996 Helen didatangani pihak Jaya Jusco yang memintanya membuat
pakaian untuk segmen wanita mereka. Helen menolak tawaran itu kerana
pada waktu itu kilangnya sedang beroperasi dengan kapaasiti penuh.
Sebaliknya Helen meminta kepada pihak Jusco menyewakan sebuah lot kedai
kepadanya untuk dibuat butik. Permintaan itu dipersetujui pihak Jusco.
Helen membuka butik pertamanya yang diberi nama Ms Read di One Utama
Shopping Center pada bulan Mac 1997. Beliau berkongsi modal dengan
suaminya mengubah suai buti itu sebanyak RM100,000 dan menyediakan stok
pakaian bernilai RM60,000.
Ketika berlaku kegawatan ekonomi pada akhir tahun 1997, operasi di
kilang Helen terjejas teruk kerana permintaan merosot. Mujur butiknya
dapat menyelamatkan keadaan gawat itu. Apabila ekonomi pulih semula,
bisnes Helen terus berkembang. Butik beliau menyediakan pelbagai jenis
pakaian yang sesuai digayakan ke pejabat, untuk tujuan kasual, sukan,
majlis dan juga koleksi busana muslimah. Konsep plus-size yang menjadi identiti butik Helen terbit daripada ilham pihak Isetan yang mahu membuka segmen itu untuk wanita bertubuh besar.
Ketika berkerjasama dengan pihak isetan, Hetan terlibat dalam
penyelidikan dan pembangunan ke atas saiz pakaian wanita di Eropah yang
di sesuaikan dengan wanita Asia bersaiz 12 hingga 24. Melalui kajian
itu, terhasil label Total Woan. Helen menggunakan konsep serupa untuk
butiknya sendiri. Bagi Helen wanita bertubuh besar layak bergaya dan
kelihatan cantik. Beliau mengambil kira cadangan dan maklum balas yang
diterima daripada peminat-peminat butiknya. Selain pelanggan dewasa,
beliau menyediakan pakaian plus size untuk generasi muda. Butik Ms Read kini memiliki francais pertama di Brunei.
[6] Dato' Dr. Jannie Tay
Nama: Dato' Dr. Jannie Tay
Syarikat: The Hour Glass Limited
Dato’ Dr. Jannie Tay adalah Timbalan Pengerusi, The Hour Glass Limited.
Syarikat ini memiliki rangkaian butik yang memasarkan pelbagai jam
tangan berjenama terkenal buatan Swiss. The Hour Glass diasaskan oleh
Dr. Jannie dan suaminya bersama Metro Holdings di Singapura pada tahun
1979. Butik The Hour Glass kini terdapt di Malaysia, Hong Kong , Taipei,
Australia, Indonesia, Thailand dan Jepun.
Dr. Jannie Tay dilahirkan di Ipoh dengan nama asalnya,
Chan Siew Lee.
Beliau adalah anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik. Dibesarkan
di sebuah kedai ubat milik datuknya, beliau mendapat pendedahan awal
dalam perniagaan ketika mengikut bapanya menguruskan perniagaan ubat
keluarga mereka. Ketika berusia 17 tahun, Dr. Jannie dihantar belajar ke
Moreland High School di Melbourne. Setahun kemudian bapanya meninggal
dunia. Beliau kemudian membawa ahli keluarganya berpindah ke Australia
dan meneruskan pengajian di sana.
Pada tahun 1968 Dr. Jannie memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang
fisiologi. Beliau melanjutkan pelajarannya ke peringkat sarjana dalam
bidang farmakologi iaitu kajian tentang tindak balas ubat. Pada tahun
1969 Dr. Jannie bertemu jodoh dengan suaminya yang ketika itu sedang
mengambbil PhD di Australia. Apabila mereka kembali ke Singapura pada
tahun 1971, Dr. Jannie bertugas sebagai pensyarah di Universiti
Singapura.
Kerjaya beliau berubah pada tahun 1973, apabila suaminya
melanjutkan peljaran semula dalm bidang perubatan. Dr. Jannie beralih
tugas menjadi jurujual di Lee Chay & Company, sebuah syarikat jam
tangan milik keluarga suaminya.
Beberapa tahun kemudian dia menguruskan cawangan syarikat itu di Colombo
Court. Dr. Jannie menyimpan impian bagi memiliki butik jam tangannya
sendiri. Impian itu tercapai pada tahun 1979 apabila beliau dan suaminya
membuka The hour Glass, kedai mereka yang pertama di Lucky Plaza.
Perniagaan itu Berjaya dan berkembang daripda satu kedai menjadi
Sembilan buah kedai. Rangkaian butik yang mula bertapak di Singapura itu
kemudian dibuka di beberapa negara lain.
Pada tahun 1987, Dr. Jannie menceburi perniagaan baru
dalam bidang hartanah di Golden Coast, Australia. Selama beberapa tahun,
beliau membangunkan Oyster Cove iaitu projek pembangunan hotel, pusat
peranginan, perumahan dan pusat perniagaan.
Pada tahun 2004, minat Dr. Jannie beralih kepada bidang makanan
kesihatan dan beliau mula mengkaji cendawan lingzhi bersama pakar-pakar
dari Negara Chin. Dengan latar belakang akademiknya dalam bidang
farmakologi, Dr. Jannie dengan penuh yain menceburi perniagaan baru itu
dan membuka sebuah syarikat nutraseutikal, Scientific Tradition Pte.
Ltd.
Sehingga kiniDr. Jannie masih aktif dalam pelbagai
perniagaan lain seperti restoran, koleksi seni dan antic. Selain
suaminya, Dr. Henry Tay selaku pengerusi eksekutif, anak mereka, Michea
Tay, turut menguruskan The Hour Glass . Dr. Jannie yang berjaya mencapai
impiannya satu demi satu berpegang kuat kepada sikap positif dan yakin
kepada diri sendiri.
Bagi memajukan dirinya, beliau tidak pernah berhenti belajar
perkara-perkara baru di samping mengambil iktibar daripada
kesilapan-kesilapan lalu yang pernah dilakukan.
Sepanjang membina perniagaannya Dr. Jannie pernah
melalui saat-saat getir dan ujian berat. Antaranya ketika baru
menubuhkan The Hour Glass, anak beliau, Michelle yang pada masa itu
beusia lapan tahun meninggal dunia. Tidak lama kemudian anaknya, Sabrina
dilahirkan dengan pelbagai masalah kesihatan, antaranya rubella,
mempunyai rekahan di langit-langit di dalam mulut dan jantung
berlubang. Kekuatan minda dan sikap optimis Dr. Jannie menjadi pendorong
dirinya supaya meneruskan kehidupan beliau dengan tabah.
Kisah kehidupan Dr. Jannie ditulis Wong Wan Ling. Buku
bertajuk Time To Live : Jannie Tay’s Journey itu deterbitkan pada tahun
2002. Kini ada usia 60-an, beliau banyak melakukan kerja-kerja amal. Dr.
Jannie yang tinggal bersebelahan rumah dengan anak-anak gemar
menghbiskan masa bersama cucu-cucunya.
[7] Datin Mina Cheah Foong
Nama: Datin Mina Cheah Foong
Syarikat: Rampai Niaga Sdn Bhd, The Body Shop
Anda mungkin salah seorang penggemar berangan The Body Shop,
tetapi tahukah anda siapa yang membawa jenama itu ke Malaysia? Datin
Mina Cheah Foong adalah orang yang bertanggungjawab membawa francais itu
ke Malaysia. The Body Shop adalah rangkaian kedai menjual produk
kosmetik dan pengjagaan diri seperti barangan mandian, spa dan wangian.
Ia diasaskan oleh Dame Anita Roddick di England pada tahun 1976. Kini
terdapat lebih dua ribu kedai The Body Shop di seluruh dunia dengan
lebih 77 juta orang pengguna.
Datin Mina berasal dari Ipoh, Perak. Pada usia 17 tahun beliau dihantar
oleh ayahnya ke United Kingdom bagi belajar di sebuah sekolah di
Belfast, Ireland. Beliau kemudian menyambung pelajaran dalam jurusan
system engineering di University of Leeds, London. Dtin Mina bercita-cta
menyertai NASA selepas beliau tamat belajar. Ketika tinggal di England,
setiap hujung mingu Datin Mina pergi ke Convent Garden di London. Di
situ trdapat sebuah kedai The Body Shop. Beliau sering mengunjungi kedai
itu bagi membeli barangan sendiri dan untuk teman-temannya. Beliau
bukan saja meminati pelbagai produk yang ada di sana malah menyukai
segala aktiviti kempen yang dianjurkan The Body Shop.
Apabila pulang ke Malaysia, Datin Mina masih terus memesan barangan The
Body Shop daripada rakan-rakannyayang berkunjung ke London. Kerana
minatnya yang mendalam, beliau merancang dan berusaha membawa produk The
Body shop ke Malaysia. Datin Mina akhirnya berjaya mendapat hak
francais bagi mengedar dan menjual barangan The Body Shop melalui
syarikatnya, Rampai Niaga Sdn. Bhd. Kedai pertamanya dibuka pada 8
Disemder 1984 di Yow Chuan Plaza, Kuala Lumpur.
Pada masa itu, Datin Mina belum mempunyai pengalaman
menjalankan perniagaannya. Perniagaan The Body Shop dimulakan bersama
rakan kongsinya, Mariam Tun Sulaiman. Wanita itu adalah isteri kepada
rakan suaminya. Puan Mariam pada waktu itu adalah usahawan Amway yang
berjaya. Di kedai mereka, Datin Mina menguruskan aktiviti dagangan
manakala Puan Mariam menguruskan hal ehwal perhubungan awam. Perniagaan
mereka berkembang dengan pesat. Selepas menjadi rakan kongsi selama 10
tahun, Puan Mariam menjual semua saham miliknya dalam Rampai Niaga.
Datuk Simon, suami Datin Mina mengambil alih saham-saham Puan Mariam
itu.
Kemajuan The Body Shop yang terus meningkat tahun demi
tahun adalah perkara yang di luar dugaan Datin Mina dan suaminya.
Selepas 18 tahun berlalu, mereka berasa perniagaan itu terllu besar dan
tidak tahu ke mana hala tuju hendak dibawa perniagaan itu seterusnya.
AKhirnya beliau dan suami mengambil keputusan supaya menjual saham-saham
mereka dengan nilai RM78 juta. Syarikat yang mengambil alih The Body
Shop adalah Kejora Harta Berhad. Walaupun sudah menjual saham-sahamnya,
Datin Mina masih meneruskan kontrak mengurus kedai-kedai The Body Shop
yang beliau kendalikan.Waktu itu baru beliau terfikir supaya
mengembangkan perniagaan The Body Shop ke rantau Asia Tenggara. Namun
syarikat itu bukan miliknya lagi. Kini beliau dan suami berusaha membeli
semula saham-saham syarikat itu di pasarn bursa.
Selepas lebih 20 tahun terlibat dalam industri
peruncitan, Datin Mina mnyedari sebahagian besar daripada para pelanggan
tiada banyak masa pergi membeli belah. Maka diperkenalkan konsep baru
iaitu The Body Shop at Home, produk-produk dijual melalui system parti
seperti dilakukan syarikat Tupperware.
Lain-lain strategi baru yang dilakukan adalah jualan secara on-line dan
melalui katalog seperti dilakukan pihak Avon. Dengan gabungan L’Oreal
dan The Body Shop di United Kingdom, jenama The Body Shop dijangka
menjadi lebih stabil dan kukuh.
Di samping menguruskan The Body Shop, Datin Mina membuka
tiga buah kedai kasut berjenama Vincci di Sydney, Australia. Tujuan
asal beliau membuka perniagaan itu adalah supaya dapat selalu berada di
samping anak lelakinya yang dijangka akan melanjutkan pelajaran di sana.
Namun anak beliau menyambung pelajaran di Melbourne bukan di Sydney.
Perniagaan kedai kasut Vincci itu juga mendapat sambutan baik daripada
pihak pelanggan.
Di samping bergiat dalam perniagaan, Datin Mina banyak menceburkan diri
dalam aktiviti dan kempen amal. Sebagai Presiden Malaysian Business
Coalition on AIDS Society (MBCA) beliau mengumpul dana bagi membantu
mangsa-mangsa AIDS, di samping meningkatkan kesedaran mayarakat tentang
penyakit itu. Menerusi The Body Shop, beliau berkempen menangani isu
keganasan wanita, khasnya terhadap kanak-kanak dan isu penderaan.
Kempen-kempen itu membuktikan The Body Shop menghargai pelanggannya yang
90 peratu terdiri daripada golongan wanita.
[8] Faiza Bawumi Sayed Ahmad
Nama: Faiza Bawumi Sayed Ahmad
Syarikat: Faiza Marketing Sdn. Bhd
Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya
dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga.Menurut Faiza,
kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah
mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia
perniagaan.
Menurut Faiza beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut
suaminya.Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil
upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur.Faiza kemudian
membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di
kedai-kedai.
Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai
jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu
kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan
membeli berasnya jika beliau menjualnya.
Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan
menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta
beras Siam.
Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak
berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi
pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi
dan tanpa diragui status halalnya.
Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini
temasuk yang paling dikenali, "Herba Ponni Taj Mahal" dan anak
syarikatnya, iaitu Faiza Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam
mengilang pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah
Bukhari dan terbaru, rempah rendang.
Pada usia emas, Hajah Faiza masih lagi aktif mengurus bisnessnya. Beliau
dibantu oleh lima orang daripada tujuh anak-anaknya di samping ratusan
orang pekerja. Kini beliau melakukan kerja-kerja amal di bawah
pergerakan wanita UMNO Batu Pahat, Johor. Hajah Faiza berpegang teguh
kepada prinsip bagi maju dalam bisnes individu itu perlu rajin berusaha,
tifak mudah patah semangat dan perlu mengamalkan sikap
berjimat-cermat. Segala usaha bisnes walaupun bermula secara
kecil-kecilan tidak boleh dipandang mudah kerana kesusahan itu dapat
membina daya ketahanan diri kepada usahawan.
[9] Neeta Gosalia
Nama : Neeta Gosalia
Umur: 38
Syarikat : Neeta’s Herbal (M) Sdn Bhd
Neeta
Gosalia lahir di dalam kelaurga yang menginginkan anak lelaki. Anak
ketiga daripada enam adik beradik perempuan ini dilahirkan di dalam
keluarga Gujerati yang konservatif dan menganggap anak perempuan adalah
bencana. Ini kerana, masayarakat Gujerati di Kuala Pilih, Negeri
Sembilan ketika itu berpegang kepada prinsip hanya anak lelaki yang
mampu menjaga keluarga dengan baik. Tetapi hari ini, keluarga Gosalia
amat dikagumi dengan kejayaan anak-anak perempuannya terutama Neeta,
yang telah memulakan produk rambut herba dan pusat penjagaan kulit
sendiri.
Dengan
23 cawangan si seluruh Malaysia dan 10 cawangan di luar negara, Neeta
tidak pernah bersikap tamak dengan kejayaannya tetapi dia turut membantu
adik beradik perempuannya yang lain sehingga masing-masing mempunyai
taraf kedudukan kewangan yang kukuh. Ternyata, disebalik perwatakan
wanita India yang cantik memakai sari dan sederhana ini, tersimpan
kebijaksanaan yang menjadikan beliau usahawan yang sangat dikagumi
masyarakat.
Kebolehan
Neeta ini diakui sendiri oleh bapanya melalui interaksinya meyakinkan
pelanggan untuk membeli barangan kemas di kedai barang milik bapanya.
Ayah Neeta mengakui lagi bahawa beliau tidak pernah menyesal mempunyai
kesemua anak perempuannya kerana dia mendidik anak-anaknya secekal anak
lelaki.
Bercerita mengenai idea untuk menghasilkan ramuan herba ini, Neeta
mengimbas kembali bagaimana beliau sendiri mengalami masalah keguguran
rambut yang serius semasa umurnya 17 tahun.
Bagi
wanita India, keadaan ini bukan sahaja memalukan malah menimbulkan
perasaan trauma. Kehadirannya ke Kuala Lumpur untuk menyampung pengajian
di Tingkatan Enam menemukan beliau dengan suaminya, Visvalingam. Walau
mendapat tentangan hebat dari kedua belah keluarga kerana perbezaan
Karma, mereka akhirnya disatukan sebagai suami isteri. Hasil dorongan
suami, beliau berangkat ke India untuk mendapat bantuan Pakar herba
tradiotional di sana. Dia mula menumbuk dan menggunakan herba yang
diberikan oleh pakar tersebut. Selepas sebulan, rambutnya mula tumbur
dengan sihat dan ini menimbulkan minat yang mendalam pada dirinya untuk
terus mengkaji herba tersebut.
Dengan
bantuan kewangan daripada suaminya, neeta mendaftar untuk kursus selama
tiga tahun di Kolej Ayurveda di India. Setelah kembali ke Malaysia, dia
dan Visvalingam membuka Neeta Herba di Brickfields, Kuala Lumpur. Neeta
ketika itu baru berumur 21 tahun. Dua tahun pertama pembukaan Neeta’s
Herbal, mereka hampir menutup perniagaan tersebut kerana tidak ramai
yang menyedari keberkesanan produk ini. Kos untuk melalukan pemasaran
ketika itu juga adalah tinggi. Wanita ini sungguh bernasib baik.
Kehadirannya dalam Rancangan Nona yang disiarkan stesen penyiran
ternama, TV3 telah melonjakkan nama Neeta’s herbal. Dari situ, Neeta dan
suami menyedari betapa pentingnya pelan pemasaran yang baik bagi
memastikan produk mereka dikenali.
Semenjak itu, Neeta’s Herbal tidak pernah menoleh ke belakang lagi.
Menjelang
tahun 1991, Neeta dan suaminya memutuskan untuk mengembangkan
perniagaan dengan membekalkan produk mereka ke kedai-kedai terpilih di
di negara ini. Neeta seterusnya berjaya menembusi pasaran Amerika
Syarikat dan United Kingdom dan membuka beberapa outlet di sana.
Pada tahun 2007, sebuah outlet berjaya pula di buka di Hyderabad, India.
Disebalik kejayaan ini, pastinya dorongan keluarga yang tidak terhingga
menjadi tonggak utama bagi Neeta.
Neeta
kini bahagia bersama suami dan tiga anaknya dan jika ditaanya mengenai
rahsia kejayaanya, dia menjawab, ‘Kejayaan di dalam perniagaan bukan
hanya dikira berapa jumlah wang yang kamu perolehi atau sebesar mana
perniagaan yang kamu miliki, tetapi bagi saya ia adalah mengenai
keluarga yang sentiasa menyokong dan mempercayai kebolehan saya”
[10] Datuk Dr. Maznah Binti Hamid
Nama : Datuk Dr. Maznah Binti Hamid
Umur: 58
Syarikat : Securiforce Sdn Bhd
Datuk Maznah Hamid dilahirkan pada 18 April 1955 di Ayer Hitam, Jerlun,
Kedah. Beliau menubuhkan Securiforce kira-kira 27 tahun yang lalu dan
menjadi pembekal Keselamatan terbesar di Malaysia. Beliau memulakan
perniagaan bermodalkan hanya RM5000 dari simpanan beliau. Beliau kini
mengetuai hampir 50 cawangan dengan pekerja yang mencapai hampir 5000,
beratus-ratus senjata api dan beberapa kenderaan perisai. Perkhidmatan
bukan sahaja terhad kepada pengawal statik tetapi
juga menjangkau kepada logistik, tunai dalam transit, pengurusan tunai,
pengurusan kargo berteknologi tinggi, perkhidmatan trak perisai, sebagai
serta pelbagai perkhidmatan lain.
Securiforce kini telah maju dan mempunyai banyak anak syarikat. Satu
contoh ialah Danau Lumayan, Syarikat Pembangunan Hartanah yang terletak
di Bandar Tun Razak, Cheras. Securiforce, dalam usaha berterusan untuk
menjadi keselamatan bersepadu sepenuhnya dan memenuhi keperluan
pelanggan. Ia juga menubuhkan Securiforce Logistics di cawangan
Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman.
Bahagian yang paling luar biasa dan menarik dalam cerita kejayaan Datuk
Maznah bahawa semua syarikat telah ditubuhkan dan secara beransur-ansur
berkembang tanpa bantuan mana-mana daripada institusi perbankan.
Falsafah kejayaan dan pencapaian beliau dapat dilihat dengan kepercayaan
bahawa "the main
capital in business is yourself ".
Beliau membawa prinsip "we should produce a workload more than what we
are paid for, as in the end, we will be rewarded much more than what we
have done". Prinsip ini telah membawa kepada kejayaan utama dalam
kerjaya perniagaan beliau.
Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan yang begitu
ketara pada diri beliau, beliau telah diundang untuk memperkenalkan
rancangan motivasi di TV 3 pada tahun 1990. Disitulah beliau menjadi
kaunselor motivasi dan 'success counsellor' dimana kita sering mendengar
suaranya di radio dan melihat wajahnya di kaca TV.
Selain daripada itu, beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan
insan dan keusahawan serta 'success counselor' di institusi - institusi
pengajian tinggi.
Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan,
beliau telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang
mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan seperti
seminar ”ZERO TO HERO” dan ”AWAKEN THE SPIRIT OF
ENTREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP”. Melalui seminar ini, beliau ingin
membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap
insan.