Showing posts with label Rosmahwati. Show all posts
Showing posts with label Rosmahwati. Show all posts

Sunday, January 12, 2014

ZERO TO HERO - ROSMAHWATI


NOOR ARFA BATIK SDN  BHD

SEJARAH PENUBUHAN

Siapa sangka namanya tidak segah semasa zaman dahulu. Mungkin disebabkan kerana namanya tidak dikenali umum dalam bidang pembuatan batik Terengganu. Pengasas Noor 
Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long mula berjinak dengan batik semasa menjadi 
pembantu makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an.

Wan Mohamed Ariffin Wan Long

Semuanya bermula selepas Noor Hijerah mengikuti kursus kraf tangan di Lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia (LKKM), cawangan Kota Bharu, Kelantan pada lewat 70an. Di situlah 
beliau bertemu dengan suaminya ketika itu merupakan salah seorang tenaga pengajar 
di LKKM. Namun selepas mengikuti kursus beliau kembali ke Kedah dan menjalankan aktiviti kraf tangan di kampung halamannya.Selepas berkahwin, Noor Hijerah mengikuti suaminya 
dan menetap di Kuala Terengganu. Disinilah bermula segalagalanya. Menyedari betapa minat dan serius isterinya dalam bidang kraf tangan ini, maka Wan Mohd.Ariffin memastikan impianHijerah menjadi kenyataan.


Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan dengan minatnya yang mendalam di bidang 
perniagaan, Wan Mohamed Ariffin,meletak jawatan kerana untuk menceburi perniagaan 
batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik negara, untuk 
membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd. Beliau memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan di belakang rumah sewa mereka di kampung Tanjung, Kuala Terengganu dengan 
bermodalkan simpanan RM1,000 sahaja dan pinjaman Mara sebanyak RM5,000 bersama 
isterinya, Puan Noor Hijerah Hanafiah. Produk awal Noor ArfaBatek ialah kaftan batik.

Di peringkat awal, produk nor arfa dijaja sendiri. Biarpun melalui pelbagai cabaran dan 
rintangan dan tidak kurang penatnya. Menurut pengasas nor arfa - seorang pelancong 
memberitahu mengapa beliau tidak menghasilkan rekaan yang disukai pelancong juga. 
Rekaan yang lebih kontemporari. Katakatanya itu bagaikan memberi ilham kepadanya untuk menghasilkan yang lebih kontemporari.

Menurut, Wan Mohd Ariffin pada peringkat awal, iaitu pada 1980 semua operasi dilaksanakan beliau secara separuh masa bersama isterinya.Mereka lah pekerja pengeluaran, mereka juga mengendalikan operasi pemasaran dan jualan. Bagaimanapun apabila permintaan meningkat, pasangan itu mula mengembangkan operasi dan mengambil 10 pekerja. Dengan sokongan 
pinjaman bank sebanyak RM50,000, mereka membuka bengkel pengeluaran cawangan 
di Jalan Sultan Zainal Abidin dan Kampung Aur, Simpang Empat Chendering, Kuala 
Terengganu. 

Setahun selepas itu, operasi Noor Arfa Batek terus berkembang dengan jumlah kakitangan 
ditambah kepada 25.Akhirnya selepas 26 tahun bertungkus-lumus, Encik Wan Mohamed 
Ariffin kini mampu memiliki sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Cendering, Kuala 
Terengganu dengan dibantu oleh 200 orang pekerja dan telah mengeluarkan 150 produk batikTerengganu. Noor Arfa Batik kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di 
Kuala Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah.
Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama batik
lukisan tangan yang menggunakan canting.

 Proses pembuatan batik (melukis dan mencanting)

 Melukis, mencanting, merebus dan mencetak

Cara pembuatan blok untuk corak pembuatan batik

Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan rekaan
corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi tumpuan selebriti tempatan seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira.

Produk Noor Arfa batik ialah dalam bentuk lukisan tangan dan cetakan yang menghasilkan 
kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta cenderamata.

Wan Mohamed Ariffin bangga keyakinannya terhadap perusahaan batik ternyata tidak silap 
sehingga kekal berjaya hingga kini dan ditambah pula dengan keluaran batik kembali popular dan diiktiraf negara.

Malah dengan perkembagan teknologi, sejak 10 tahun lepas syarikat itu menggunakan laman webnya, www.noor-arfa.com untuk mengembangkan pasaran ke luar negara, katanya.

Atas daya usahanya, Wan Mohamed Ariffidipilih sebagai pemenang pertama dua anugerah Mara -- Anugerah Usahawan Cemerlang dan Anugerah Usahawan Berjaya.

Beliau menerima sijil penghargaan serta wang tunai berjumlah RM15,000 daripada Menteri 
Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamed Khaled Nordin.

Tuesday, December 24, 2013

BUSINESS PLAN - ROSMAHWATI

KEDAI DOBI

RINGKASAN EKSEKUTIF

Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah bagi mendapatkan pembiayaan kewangan dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM) bagi projek Kedai Dobi saya iaitu A&R Laundry di No 13A, Jalan Pelangi Semenyih,43500 Semenyih, Selangor
Berbekalkan pengetahuan melalui kursus perniagaan dobi anjuran Bahagian Pembangunan Usahawan MARA dan pengalaman bekerja secara praktikal selama 3 bulan di sebuah kedai dobi di Anggerik Mall Shah Alam, saya bercadang untuk membuka Kedai Dobi saya dengan anggaran kos projek sebanyak RM250,000.
Kos projek tersebut termasuklah pembelian peralatan kedai & premis, ubahsuai premis, pembelian stok, perbelanjaan pra-operasi dan modal pusingan. Daripada jumlah tersebut, saya bercadang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM) sebanyak RM200,000 manakala sumbangan saya adalah sebanyak RM50,000. 
A&R Laundry di No 13A, Jalan Pelangi Semenyih saya dapati adalah satu lokasi yang strategik untuk perniagaan Kedai Dobi kerana ia mudah dilihat dan mudah diakses dari jalan raya utama. Persekitarannya juga amat sesuai kerana ia terletak di premis pusat perniagaan Pekan Semenyih dengan dikelilingi oleh 5 buah taman perumahan dan terdapat 2 buah kondominium dan 2 apartment berhampiran dengannya.
Dengan tahap persaingan yang sederhana dari 2 buah Kedai Dobi sedia ada, saya yakin dapat bersaing dengan mereka dengan menguasai lebih kurang 25% daripada saiz pasaran dengan kekuatan pada kualiti perkhidmatan dan harga yang berpatutan. 
Produk perkhidmatan dobi saya antara lain akan merangkumi cucian normal, cucian comforter/toto, cucian cadar, langsir, blanket, lapik kusyen, khidmat menggosok pakaian, cucian kering seperti baju kurung set, kot, blazer, jaket, suit (kot dan seluar panjang), kemeja, kemeja T, jeans, seluar panjang dan lain-lain.
Berdasarkan trend pasaran masa kini, pemerhatian saya mendapati bahawa permintaan perkhidmatan dobi semakin meningkat terutamanya kepada golongan muda yang sibuk dan juga permintaan terhadap cucian ‘dry cleaning’ yang semakin memberangsangkan berikutan taraf hidup penduduk yang semakin meningkat. 
Pemerhatian saya juga mendapati bahawa senario masa hadapan perniagaan dobi adalah cerah berdasarkan trend dan gaya hidup penduduk yang mahukan keselesaan dan kualiti perkhidmatan yang cepat, cekap dan efisien.
Saya berharap dengan bantuan Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM) ini akan dapat merealisasikan rancangan perniagaan saya dan seterusnya dapat mengembangkan potensinya bagi memajukan dan meningkatkan lagi ekonomi Bumiputera dalam bidang peruncitan dan perniagaan dobi khasnya.

          1.0 PENDAHULUAN

                     1.1 Tujuan Penyediaan Rancangan Perniagaan
Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM200,000 dari Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM) dikelolakan oleh MARA bagi membiayai pembelian peralatan, ubahsuai premis, pembelian stok, perbelanjaan pra-operasi dan modal pusingan bagi membuka Kedai Dobi saya di No 13A, Jalan Pelangi Semenyih, 43500, Semenyih, Selangor.

2.0 PERMOHONAN DAN CADANGAN STRUKTUR PEMBIAYAAN

2.1 Permohonan Pembiayaan
Kemudahan pembiayaan yang dipohon adalah bagi keperluan kewangan seperti berikut:-

2.2 Cadangan Struktur Pembiayaan


     3.0 LATAR BELAKANG USAHAWAN

3.                  Butir-butir Peribadi Usahawan

Nama  Rosmahwati Ahmad
No. K/P 800908-01-5022 (Salinan K/P di LAMPIRAN 1)
Umur 33 tahun
Tarikh Lahir 08 Sep 1980
Taraf Perkahwinan  Berkahwin
Warganegara : Malaysia
Alamat Sekarang No 42, Jln TPS 3/4, Taman Pelangi Semenyih,43500, Semenyih,Selangor
Alamat Tetap  Lot 2/80, Pekan Parit Yaani,Batu Pahat Johor
Telefon :  013-9625588  (h/p)  03-8724 9344     (pejabat) 
Faks  03-8724 9355

Pendidikan/Kemahiran/Kursus/Anugerah : 


3.2 
Butir-butir Rakan Kongsi

Nama : Ahmad Mukhlis Mat Daud( suami)                               
No. K/P 820207-03-5379 (Salinan K/P di LAMPIRAN 3)
Tarikh Lahir 07Feb 1982
Warganegara : Malaysia
Umur 31 tahun
Alamat Sekarang No 42, Jln TPS 3/4, Taman Pelangi Semenyih,43500, Semenyih,Selangor
Alamat Tetap  Lot 2/80, Pekan Parit Yaani,Batu Pahat Johor
Telefon :  013-9625588  (h/p)  03-8724 9344     (pejabat) 
Faks  03-8724 9355


   4.0 PROFIL PROJEK

   4.1 Perniagaan Dicadang

Nama Perniagaan :A&R Laundry Sdn Bhd
Nama Didaftarkan Dobi A&R Laundry
No. Pendaftaran : 0016574561X-U (Rujuk Sijil Pendaftaran di LAMPIRAN 5)
           Alamat Perniagaan : No 13A, Jalan Pelangi Semenyih, 43500, Semenyih,Selangor.  
 (Rujuk perkara 6.2 di bawah untuk peta lokasi)
Tarikh Didaftarkan 19/01/2006
Tarikh Mula Niaga 29/01/2006
Bentuk Perniagaan : Perkongsian
Pemilik : 1) Rosmahwati Ahamd
             2) Ahmad Mukhlis Mat Daud
Jenis Perniagaan : Perniagaan Kedai Dobi

5.0 ASPEK PENTADBIRAN & PENGURUSAN
5.1 Carta Organisasi 





5.2 Senarai Pekerja Utama Dan Tugas
Nama Rosmahwati  Ahmad
Jawatan Pengurus
Pengalaman : Rujuk Profil Pemilik di Perkara 3.1 di atas
Gaji Bulanan : RM2,500.00
Tugas : Mengurus operasi, pentadbiran dan kewangan
Nama  Abd Rahman Rahmat
Jawatan Penyelia Kedai
Kelulusan : SPM
Pengalaman Kerja : 2 tahun bekerja di kedai dobi Ahmad
Gaji Bulanan : RM1,200.00
Tugas : Menyelia keseluruhan operasi cawangan
Nama Roslaila Adli
Jawatan Pembantu Kedai I,II,III & IV
Kelulusan : SPM
Pengalaman Kerja : Tidak perlu pengalaman
Gaji Bulanan RM700.00
Tugas : Menyelia keseluruhan operasi cawangan

6.0 ASPEK OPERASI

6.1 Lokasi Premis Cadangan
No 13A, Jalan Pelangi Semenyih,43500, Semenyih, Selangor



6.2 Peta Lokasi Cadangan

6.1 Waktu / Hari Perniagaan
Waktu Perniagaan 9.00 Pagi hingga 7.00 Malam
Hari Dibuka      : Isnin Hingga Ahad 
       (Nota: Ahad dan Cuti Umum dibuka hingga 2.00 Petang)
Hari Cuti       : Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Haji

6.2 Gambar Premis/ Perniagaan
        6.2.1 Gambar Premis Cadangan


Gambar Premis - Hadapan




Gambar Premis – Ruang Dalam






6.3 Bekalan Bahan Cucian


6.5 Aliran Proses

6.5.1 Jualan Pelanggan Walk-In




7.0 Strategi Pemasaran
      7.0.1 Pengiklanan
Melancarkan laman web perniagaan.
Mengedarkan pamplet beserta kupon harga istimewa di surau, masjid dan peti surat setiap rumah.
     7.0.3 Promosi
- Promosi sepanjang musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismas.
Penajaan hari sukan sekolah-sekolah sekitar bandar dan kampung.
     7.0.4 Harga
- Harga istimewa untuk Ahli Berdaftar.
Promosi pemegang kupon di mana dengan nilai cucian terkumpul sebanyak RM200 akan mendapat percuma cucian bernilai RM10.
     7.0.5 Edaran
Menyedia penghantaran percuma kepada pelanggan di radius 5 km.

8.0 ASPEK KEWANGAN
      8.1 Keperluan Kewangan


      8.2 Unjuran Jualan

       8.3 Kos Jualan Perkhidmatan
           8.3.1 Kos Bahan Cucian
Kos Bahan Cucian adalah dianggarkan lebih kurang 5.0% daripada nilai Jualan.

           8.3.2 Kos langsung – Elektrik & Air
Kos Elektrik dan Air adalah dianggarkan lebih kurang 10.0% daripada nilai Jualan.

           8.3.3 Kos Langsung - Gaji Pekerja

        8.4 Sewa Premis
Kadar sewaan premis adalah RM1,500.00 sebulan. Tempoh sewaan adalah selama 2 tahun dengan pilihan penyambungan selama 2 tahun. Pemilik premis adalahSallimah Salim yang boleh dihubungi melalui telefon 0125524267. Deposit Tanda Jadi (‘Earnest Deposit’) sebanyak  RM500.00 telahpun dibayar kepada beliau pada 20/12/2005Rujuk Surat Persetujuan Sewaan beliau bertarikh 26/12/2005 seperti di LAMPIRAN 7

       8.5 Gaji Pengurus

       9.0 CAGARAN & JAMINAN DICADANG


        11.0 KESIMPULAN
Dengan pembiayaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) ini, saya yakin dapat memulakan perniagaan kedai dobi saya dengan menawarkan pakej perkhidmatan dobi yang lengkap dan kompetitif kepada pelanggan dan seterusnya mampu bersaing di pasaran tempatan. Dengan khidmat nasihat pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga saya pasti projek cadangan saya akan berjaya dan terus berkembang pesat.
Oleh itu, saya berharap agar pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) dapat mempertimbangkan permohonan pembiayaan saya ini bagi membolehkan saya merealisasikan impian saya membuka perniagaan Kedai Dobi di No 13A, Jalan Pelangi Semenyih,43500, Semenyih Selangor