FROM ZERO TO HERO
YANG BERBAHAGIA DATUK DR. MAZNAH HAMID
YANG BERBAHAGIA DATUK DR. MAZNAH HAMID
GROUP EXECUTIVE CHAIRMAN, SECURIFORCE GROUP OF COMPANIES

Datuk Maznah Hamid yang merupakan usahawan perniagaan kawalan keselamatan bukan hanya terkenal di Malaysia tetapi juga di luar negara.
Beliau sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan perniagaan selain turut aktif dalam dunia politik.
Anak kelahiran Ayer Hitam, Jerlun, Kedah ini memperuntukan masa untuk berkongsi kisah peribadinya baru-baru ini.
Soalan pertama yang diajukan kepada beliau ketika temubual itu adalah gelaran wanita besi. Secara berseloroh, Maznah menjawab;
“Ramai orang geram dengan saya. Semuanya gara-gara imej berani, tegas dan kebal yang jelas tertonjol pada imej penampilan saya. Tetapi, orang tidak tahu bahawa saya terpaksa mengekal imej dan watak itu demi kerja.
“Kalau saya tidak berani dan tegas, saya akan dipijak-pijak, malah, kebanyakan pekerja saya adalah lelaki, bagi menimbulkan rasa hormat, saya perlu dominan,’’ katanya.
Namun beliau juga bimbang gelaran itu akan menyebabkan masyarakat umum beranggapan beliau seorang queen control terhadap suaminya, Datuk Shaheen Mirza.
‘‘Tanggapan (queen control) itu tidak benar sama sekali, hakikatnya, kami adalah rakan kongsi dalam perniagaan yang saling melengkapi,’’ ujarnya.
Menurut Maznah yang gembira dengan kejayaan semasanya berkata, apa yang diraih kini adalah hasil kerja keras dan usaha yang bersungguh-sungguh.
Maznah berkata, beliau berasal keluarga miskin dan dibesarkan oleh nenek sejak berusia lima tahun selepas berlaku perpecahan keluarga.
Katanya, dia merupakan kanak-kanak yang kesepian, tetapi kekurangan itu menjadi satu rahmat kerana faktor itu menyebabkan beliau berusaha keras untuk menjadi insan berjaya.
Maznah menyifatkan dirinya bukanlah pelajar pintar ketika di sekolah, tetapi amat meminati bahasa Inggeris sehingga meneruskan pengajiannya ke kolej.
Selepas menamatkan pengajian, Maznah bekerja sebagai guru bahasa persendirian atau penterjemah bahasa di pejabat kedutaan asing di Kuala Lumpur selama dua tahun.
Selain pejabat kedutaan, Maznah pernah menjadi guru bahasa persendirian di syarikat-syarikat multinasional.
Pendedahan dengan kehidupan ‘orang kaya’ sewaktu bekerja mendorong Maznah untuk turut mencari petua untuk berjaya seperti mereka.
Malah, ramai orang kenamaan yang menasihatkan beliau supaya menceburi bidang perniagaan yang beliau mempunyai kekuatan atau belum diterokai oleh orang lain.
‘‘Oleh sebab, hampir setiap hari saya berkunjung ke rumah kedutaan asing dan mendapati mereka mempunyai rumah pengawal, pengawal keselamatan dan pengawal peribadi.
‘’Jadi, saya berasa mereka (orang kenamaan) adalah merupakan golongan sasaran penting untuk mendapatkan khidmat perniagaan itu. Jadi, saya pun berfikir untuk mencuba perniagaan kawalan keselamatan,’’ ujarnya.
Berbekal duit poket dan simpanan hasil mengajar di rumah duta dan orang kenamaan sebanyak RM5,000, Maznah dan suami telah mengambil alih sebuah syarikat keselamatan pada tahun 1980 dengan menamakannya Securiforce Sdn. Bhd.
Pada waktu itu, Maznah memulakan perniagaan dengan lima pengawal keselamatan dan lima pelanggan terdiri daripada orang kenamaan.
‘’Waktu itu, saya sudah kahwin, duit tidak ada dan gagal mendapat pinjaman bank untuk membesarkan perniagaan.Jadi, kami terpaksa menjual rumah dan menyewa rumah di kawasan setinggan tanpa bekalan elektrik selama dua tahun,’’ kata beliau.
Rahmat dari kesusahan itu, Maznah mendapat kekuatan diri untuk berusaha dengan lebih gigih bersama-sama suaminya.
Katanya, universiti terbaik dalam kehidupan adalah kepahitan dan kesusahan yang menjadikan diri seseorang lebih kreatif, inovatif, kebal dan bijaksana.
Menurut Maznah, beliau dan suami menderita kesusahan hampir 10 tahun untuk memastikan perniagaan kawalan keselamatan berkembang.
‘’Saya sendiri pernah menjadi pengawal keselamatan di sebuah pasar raya menggantikan pekerja yang pulang ke kampung kerana bercuti Hari Raya Aidilfitri. Manakala suami saya pula tugas rondaan keselamatan di rumah orang kenamaan.
‘‘ Tidak siapa pun tahu ketika itu, saya adalah pemilik syarikat kawalan keselamatan,’’ jelas beliau.
Katanya, pelbagai pengalaman yang ditempuh sejak awal hingga akhir menyebabkan pihaknya berjaya mengadakan sistem keselamatan yang canggih dan menyeluruh pada waktu ini.
Maznah berkata, pihaknya turut pernah melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung dan juga pelbagaiproduk, untuk mendapat modal pusingan.
Beliau yang mendapat pengiktirafan pertama iaitu Anugerah Usahawan Cemerlang pada 1990 berkata, seseorang usahawan perlu mempunyai pelbagai kemahiran dan pelbagai bakat.
Pada malam penyampaian anugerah itulah Maznah buat pertama kali mendapat gelaran ‘wanita besi’ yang diberikan oleh pengacara majlis pada waktu itu.
Kini, Securiforce mempunyai 65 cawangan di seluruh negara dengan 5,000 kakitangan, 4,000 daripadanya merupakan pengawal keselamatan.
Syarikat itu kini telah menembusi lebih 10 buah Negara.
Usahawan ini dikenali sebagai The Iron Lady atau Wanita Waja.gelaran itu mencerminkan dirinya yang bersikap dinamik dan berpendirian teguh dalam mempertahankan apa yang beliau usahakan sehingga mencapai impiannya. Datuk Maznah berpegang pada falsafah “modal utama adalah diri sendiri”. Beliau benar-benar yakin dorongan dari dalam dapat memacu individu itu menjadi cemerlang.
Nama Datuk Maznah Hamid bukan sahaja tersohor sebagai usahawan terkemuka tetapi juga terkenal sebagai penceramah motivasi. Berasal dari Ayer Hitam, Kedah, beliau dibesarkan oleh neneknya dan diterapkan dengan pendidikan agama serta diasuh dengan budi pekerti yang baik sejak kecil. Datuk Maznah adalah wanita Malaysia pertama mengurus syarikat kawalan keselamatan.
Datuk Maznah dan uaminya memulakan operasi Securiforce Sdn. Bhd. Pada tahun 1981 beliau menggunakan modal RM5 ribu dan lima orang pengawal bagi memulakan perniagaannya.Datuk Maznah turut menyandang bebrapa tugas serentak pada waktu itu. Oleh kerana tiada upaya bagi mengambil ramai pekerja, Datuk Maznah serta rakan kongsinya iaitu Tuan Haji Shaheen, terpaksa melakukan semua tugas daripada operasi, bill collector, peronda dan kadangkala menjadi pengawal apabila pekerja-pekerja mereka bercuti raya ataupun cuti umum. Beliau belajar erti susah dan pengorbanan dalam dunia perniagaan. Pengalaman uti membolehkan beliau mencipta dan menjual sistem kawalan keselamatan.
Pada peringkat awal, Securiforce Sdn. Bhd. Hanya member khidmat kawalan keselamatan biasa dan khidmat Cash-In-Transit. Ia terpaksa bersaing dengan ratusan syarikat kawalan keselamatan yang sudah bertapak kukuh. Berkt usaha gigih Datuk Maznah yang berterusan, syarikatnya berkembang maju. Kini ia mempunyai lebih 50 buah cawangan di seluruh Negara, lebih daripada empat ribu orang pekerja dan dikelilingi ratusan senjata api serta ratusan buah van kalis peluru.
Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif di peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistics dan membuka cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai kejayaan Datuk Maznah adalah semua anak syarikatnya ditubuhkan danberkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada pihak bank. Kejayaan ini dikagumi oleh pelbagai pihak dan lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau adalah modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri.
Kumpulan Securiforce ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kawalan keselamatan professional,antaranya :
1. Securiforce Logistics Sdn. Bhd., mengendalika perkhidmatan kargo melalui udara, laut dan darat serta system gudng dan pengedaran bersepadu.
2. Securiforce Transport Sdn. Bhd., menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatn secara elektronik seperti pemasangan kamera CCTV, central monitoring system, electronic card access system, system kawalan kebakaran dan membekal peralatan-peralatan untuk institusi pengajian tinggi.
Hasil daripada kegigihan dan kepintaran beliau menerajui syarikatnya, kini Securiforce emepunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju dalam bidang hartanah. Antaranya adalah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak, Cheras yang membina kondominium berserta penthouse yang eksklusif.
Oleh kerana minat yang begitu besar pada pembangunan insan, beliau menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelola seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insane. Sifat tabah, berani, semangat yang beliau miliki adalah asset utama diri beliau dan itu yang cuba diterapkan kepada orang ramai melalui seminar Zaro to hero dan Awaken the pirit of entrepreneurship/intraperneurship. Melalui seminar itu, beliau ingin membangkitkan dan mnyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan.
Datuk Maznah Berjaya menerbitkan buku berjudul Motivasi Memburu Kejayaan berdasarkan pengalaman serta prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya dalam usahanya memburu kejayaan. Di dalam bukunya Datuk Maznah berkongsi pelbagai rahsia kejayaannya. Beliau bercerita tentang prinsip hidup dan pengalamannya dalam memburu kecemerlangan. Antara kata-kata yang menjadi pendorong semangat dalam buku itu berbunyi, “Usahlah hanya sekadar menjadi pemerhati kepada kejayaan orang lain. Rebutlah peluang perniagaan yang sentiasa terbuka luas di negara kita sendiri.
Datuk Maznah bergerak aktif dalam pelbagai persatuan, pertubuhan dan dilantik menjawat beberapa jawatan antaranya :
• Vice President of the Women World Entrepreneur Association (FCEM).
• Ahli Lembaga Pengarah, Golden Hope Plantations Berhad.
• Ahli Lembaga Pengarah, Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah Darul Aman.
• Pengerusi Danau Lumayan (peneraju hartanah di Bandar Tun Razak).
• Felo Adjung, Sekolah Penbangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia.
• Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Uniutama Property Sdn. Bhd. UUM.
• Ahli Majlis, Kementerian Pembagunan Usahawan dan Koperasi (MECD).
• Ahli Majlis, Penasihat Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
• Pengerusi Ekonomi & Keusahawanan Wanita Negeri Kedah.
• Presiden Kehormat Usahawati & Peniagawati.
Datuk Maznah juga adalah isteri dan ibu kepada lima orang anak.Keluarga adalah pemangkin utama kejayaan dan sumber inspirasi beliau. Malah anak-anak dilatih serta ditetapkan semangat keusahawanan semenjak awal lg. Demikianlah antara symbol kejayaan beliau sehingga dianggap sebagai model usahawan yang Berjaya dan dikagumi pada masa kini. Oleh itu, gelaran The Iron Lady adalah layak untuk beliau.
No comments:
Post a Comment