Sunday, January 12, 2014

ZERO TO HERO - ROSMAHWATI


NOOR ARFA BATIK SDN  BHD

SEJARAH PENUBUHAN

Siapa sangka namanya tidak segah semasa zaman dahulu. Mungkin disebabkan kerana namanya tidak dikenali umum dalam bidang pembuatan batik Terengganu. Pengasas Noor 
Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long mula berjinak dengan batik semasa menjadi 
pembantu makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an.

Wan Mohamed Ariffin Wan Long

Semuanya bermula selepas Noor Hijerah mengikuti kursus kraf tangan di Lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia (LKKM), cawangan Kota Bharu, Kelantan pada lewat 70an. Di situlah 
beliau bertemu dengan suaminya ketika itu merupakan salah seorang tenaga pengajar 
di LKKM. Namun selepas mengikuti kursus beliau kembali ke Kedah dan menjalankan aktiviti kraf tangan di kampung halamannya.Selepas berkahwin, Noor Hijerah mengikuti suaminya 
dan menetap di Kuala Terengganu. Disinilah bermula segalagalanya. Menyedari betapa minat dan serius isterinya dalam bidang kraf tangan ini, maka Wan Mohd.Ariffin memastikan impianHijerah menjadi kenyataan.


Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan dengan minatnya yang mendalam di bidang 
perniagaan, Wan Mohamed Ariffin,meletak jawatan kerana untuk menceburi perniagaan 
batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik negara, untuk 
membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd. Beliau memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan di belakang rumah sewa mereka di kampung Tanjung, Kuala Terengganu dengan 
bermodalkan simpanan RM1,000 sahaja dan pinjaman Mara sebanyak RM5,000 bersama 
isterinya, Puan Noor Hijerah Hanafiah. Produk awal Noor ArfaBatek ialah kaftan batik.

Di peringkat awal, produk nor arfa dijaja sendiri. Biarpun melalui pelbagai cabaran dan 
rintangan dan tidak kurang penatnya. Menurut pengasas nor arfa - seorang pelancong 
memberitahu mengapa beliau tidak menghasilkan rekaan yang disukai pelancong juga. 
Rekaan yang lebih kontemporari. Katakatanya itu bagaikan memberi ilham kepadanya untuk menghasilkan yang lebih kontemporari.

Menurut, Wan Mohd Ariffin pada peringkat awal, iaitu pada 1980 semua operasi dilaksanakan beliau secara separuh masa bersama isterinya.Mereka lah pekerja pengeluaran, mereka juga mengendalikan operasi pemasaran dan jualan. Bagaimanapun apabila permintaan meningkat, pasangan itu mula mengembangkan operasi dan mengambil 10 pekerja. Dengan sokongan 
pinjaman bank sebanyak RM50,000, mereka membuka bengkel pengeluaran cawangan 
di Jalan Sultan Zainal Abidin dan Kampung Aur, Simpang Empat Chendering, Kuala 
Terengganu. 

Setahun selepas itu, operasi Noor Arfa Batek terus berkembang dengan jumlah kakitangan 
ditambah kepada 25.Akhirnya selepas 26 tahun bertungkus-lumus, Encik Wan Mohamed 
Ariffin kini mampu memiliki sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Cendering, Kuala 
Terengganu dengan dibantu oleh 200 orang pekerja dan telah mengeluarkan 150 produk batikTerengganu. Noor Arfa Batik kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di 
Kuala Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah.
Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama batik
lukisan tangan yang menggunakan canting.

 Proses pembuatan batik (melukis dan mencanting)

 Melukis, mencanting, merebus dan mencetak

Cara pembuatan blok untuk corak pembuatan batik

Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan rekaan
corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi tumpuan selebriti tempatan seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira.

Produk Noor Arfa batik ialah dalam bentuk lukisan tangan dan cetakan yang menghasilkan 
kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta cenderamata.

Wan Mohamed Ariffin bangga keyakinannya terhadap perusahaan batik ternyata tidak silap 
sehingga kekal berjaya hingga kini dan ditambah pula dengan keluaran batik kembali popular dan diiktiraf negara.

Malah dengan perkembagan teknologi, sejak 10 tahun lepas syarikat itu menggunakan laman webnya, www.noor-arfa.com untuk mengembangkan pasaran ke luar negara, katanya.

Atas daya usahanya, Wan Mohamed Ariffidipilih sebagai pemenang pertama dua anugerah Mara -- Anugerah Usahawan Cemerlang dan Anugerah Usahawan Berjaya.

Beliau menerima sijil penghargaan serta wang tunai berjumlah RM15,000 daripada Menteri 
Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamed Khaled Nordin.

No comments:

Post a Comment