1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF & IDEA PERNIAGAAN
ISMART WATCH merupakan sebuah jam tangan di mana, chip RFID terdapat di dalamnya.I-SMART WATCH akan terus berhubung terus kepada satu lagi peranti iaitu telefon pintar apabila pengguna mengaktifkan telefon pintar mereka. Jam tangan ini bukan sahaja memaparkan masa, tarikh,suhu tetapi juga terdapat sensor dan butang amaran jika berlaku kes kecemasan dan memudahkan untuk mengetahui kedudukan seseorang. Pada telefon pintar pula akan memaparkan peta atau lokasi seseorang itu.
Kami memilih untuk menggunakan pusat membeli-belah sebagai model bangunan. Pusat membeli belah merupakan tempat agak besar dan suasana yang sesak amat sesuai bagi melancarkan projek ini. Peranti ini merupakan satu peranti khas yang tingkas dan mudah untuk kegunaan ibubapa dan kanak-kanak. Sistem ini boleh digunakan untuk mencari kanak-kanak semasa di lokasi bangunan pusat membeli-belah dengan cepat dan secara tidak langsung dapat menjimatkan masa ibubapa agar tidak kehilangan anak mereka.
2.0 ISU YANG RELEVAN BERKAITAN DENGAN PRODUK
Kami mendapati masalah ibubapa keciciran dan kehilangan anak-anak mereka semasa berada di pusat membeli belah adalah suatu itu yang amak membimbangkan. Ia juga merupakan satu tiket bagi para penjenayah untuk mengambil kesempatan dengan keadaan ini. Dengan keadaan pusat membeli belah yang mempunyai keluasan kawasan yang agak luas dan sesak, kami memandangnya sebagai satu masalah dan juga peluang yang boleh kami gunakan untuk mencipta satu alat iaitu berkaitan dengan peranti yang menggunakan FRID sebagai sensor dan telefon pintar sebagai mengesan melalui peta logaki yang dipaparkan.
3.0 PENERANGAN PRODUK JURANG MASALAH, ATAU PELUANG PERNIAGAAN
Untuk merekacipta alat ini, ia memerlukan kepakaran dalam bidang IT iaitu bidang mekanikal, elektronik dan pengaturcaraan atau JAVA kerana aplikasi ini menggunakan aturcara yang banyak untuk menjayakannya. Dalam pada itu, sistem ini masih belum digunapakai oleh mana-mana pihak. Maka, terdapat peluang besar sekiranya projek I-SMART WATCH ini berjaya.
4.0 KEUNIKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Teknologi semakin hari semakin berkembang dengan terciptanya "Android" , maka kami terfikir untuk membuat satu aplikasi menggunakan android yang boleh berhubung terus dengan produk jam tangan kami. Di dalam jam tangan ini terdapat peranti RFID yang mempunyai teknologi yang mengandungi gelombang radio dan pada mikrochip tersebut terdapat antena untuk berhunung dengan telefon pintar. Pada telefon pintar pula mempunyai aplikasi yang menggandungi maps atau peta, aktiviti pada hari, minggu dan bulan anak-anak juga boleh dicapai. Ibubapa boleh memantau pergerakan anak-anak mereka samada ibubapa itu berada di rumah sekali pun. Ini kerana sistem ini boleh mengesan anak-anak mereka sehingga jarak 1.5km.
5.0 SASARAN PENGGUNA
1. Ibu Bapa
2. Kanak-Kanak
3. Orang awam
4. Pelancong
6.0 PASARAN & PERSAINGAN
6.1 PERSAINGAN
Kami yakin dengan industri teknologi yang semakin berkembang maju. Kini penggunaan telefon bimbit pintar mudah digunakan oleh orang ramai dan penggunaan jam tangan pintar juga mudah dibeli oleh pengguna pada harga mampu milik. Pihak kami menjalankan kaian yang menunjukkan belum ada lagi syarikat yang menyediakan produk ini kerana apa yang ada dipasaran kini hanyalah telefon pintar dan jam tangan yang tidak boleh mengesan kedudukan seseorang.
6.2 PEMASARAN
Kami memberi fokus yang lebih kepada tempat yang berlokasi besar seperti di pusat membeli belah, sekolah dan bangunan yang mempunyai keluasan besar.
7.0 DAYA KOMERSIL
7.1 POTENSI PENGIKLANAN PRODUK
Kami yakin I-SMART WATCH ini dapat mencapai sasaran dan berjaya dipasarkan berikutan manfaat yang boleh diperolehi daripadanya seperti lokasi mudah dikesan, penjimatan masa, kecil dan mudah digunakan(hanya pengguna android sahaja).
8.0 PRODUK

Alat yang digunakan adalah telefon pintar dan jam tangan pintar

- User perlu memilih menu untuk memulakan aplikasi.
- Menu setting diperlukan untuk memulakan pengesanan.
- Selepas mengisi pada checkbox, sistem akan mengesan pada device jam yang dipakai oleh pengguna.
- Remote device digunakan untuk mengaktifkan carian.
![]() |
Dashboard akan memaparkan navigasi pengguna jam |
![]() |
Alarm akan berbunyi sekiranya pengguna berada di lingkungan luar kawasan |
No comments:
Post a Comment