KEDAI DOBI
RINGKASAN EKSEKUTIF
RINGKASAN EKSEKUTIF
Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah bagi mendapatkan pembiayaan kewangan dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM) bagi projek Kedai Dobi saya iaitu A&R Laundry di No 13A, Jalan Pelangi Semenyih,43500 Semenyih, Selangor.
Berbekalkan pengetahuan melalui kursus perniagaan dobi anjuran Bahagian Pembangunan Usahawan MARA dan pengalaman bekerja secara praktikal selama 3 bulan di sebuah kedai dobi di Anggerik Mall Shah Alam, saya bercadang untuk membuka Kedai Dobi saya dengan anggaran kos projek sebanyak RM250,000.
Kos projek tersebut termasuklah pembelian peralatan kedai & premis, ubahsuai premis, pembelian stok, perbelanjaan pra-operasi dan modal pusingan. Daripada jumlah tersebut, saya bercadang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM) sebanyak RM200,000 manakala sumbangan saya adalah sebanyak RM50,000.
A&R Laundry di No 13A, Jalan Pelangi Semenyih saya dapati adalah satu lokasi yang strategik untuk perniagaan Kedai Dobi kerana ia mudah dilihat dan mudah diakses dari jalan raya utama. Persekitarannya juga amat sesuai kerana ia terletak di premis pusat perniagaan Pekan Semenyih dengan dikelilingi oleh 5 buah taman perumahan dan terdapat 2 buah kondominium dan 2 apartment berhampiran dengannya.
Dengan tahap persaingan yang sederhana dari 2 buah Kedai Dobi sedia ada, saya yakin dapat bersaing dengan mereka dengan menguasai lebih kurang 25% daripada saiz pasaran dengan kekuatan pada kualiti perkhidmatan dan harga yang berpatutan.
Produk perkhidmatan dobi saya antara lain akan merangkumi cucian normal, cucian comforter/toto, cucian cadar, langsir, blanket, lapik kusyen, khidmat menggosok pakaian, cucian kering seperti baju kurung set, kot, blazer, jaket, suit (kot dan seluar panjang), kemeja, kemeja T, jeans, seluar panjang dan lain-lain.
Berdasarkan trend pasaran masa kini, pemerhatian saya mendapati bahawa permintaan perkhidmatan dobi semakin meningkat terutamanya kepada golongan muda yang sibuk dan juga permintaan terhadap cucian ‘dry cleaning’ yang semakin memberangsangkan berikutan taraf hidup penduduk yang semakin meningkat.
Pemerhatian saya juga mendapati bahawa senario masa hadapan perniagaan dobi adalah cerah berdasarkan trend dan gaya hidup penduduk yang mahukan keselesaan dan kualiti perkhidmatan yang cepat, cekap dan efisien.
Saya berharap dengan bantuan Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM) ini akan dapat merealisasikan rancangan perniagaan saya dan seterusnya dapat mengembangkan potensinya bagi memajukan dan meningkatkan lagi ekonomi Bumiputera dalam bidang peruncitan dan perniagaan dobi khasnya.
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Tujuan Penyediaan Rancangan Perniagaan
Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM200,000 dari Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM) dikelolakan oleh MARA bagi membiayai pembelian peralatan, ubahsuai premis, pembelian stok, perbelanjaan pra-operasi dan modal pusingan bagi membuka Kedai Dobi saya di No 13A, Jalan Pelangi Semenyih, 43500, Semenyih, Selangor.
2.0 PERMOHONAN DAN CADANGAN STRUKTUR PEMBIAYAAN
2.1 Permohonan Pembiayaan
Kemudahan pembiayaan yang dipohon adalah bagi keperluan kewangan seperti berikut:-
2.2 Cadangan Struktur Pembiayaan
3.0 LATAR BELAKANG USAHAWAN
3. Butir-butir Peribadi Usahawan
Nama : Rosmahwati Ahmad
No. K/P : 800908-01-5022 (Salinan K/P di LAMPIRAN 1)
Umur : 33 tahun
Tarikh Lahir : 08 Sep 1980
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Warganegara : Malaysia
Alamat Sekarang : No 42, Jln TPS 3/4, Taman Pelangi Semenyih,43500, Semenyih,Selangor
Alamat Tetap : Lot 2/80, Pekan Parit Yaani,Batu Pahat Johor
Telefon : 013-9625588 (h/p) 03-8724 9344 (pejabat)
Faks : 03-8724 9355
Pendidikan/Kemahiran/Kursus/Anugerah :
3.2 Butir-butir Rakan Kongsi
Nama : Ahmad Mukhlis Mat Daud( suami)
No. K/P : 820207-03-5379 (Salinan K/P di LAMPIRAN 3)
Tarikh Lahir : 07Feb 1982
Warganegara : Malaysia
Umur : 31 tahun
Alamat Sekarang : No 42, Jln TPS 3/4, Taman Pelangi Semenyih,43500, Semenyih,Selangor
Alamat Tetap : Lot 2/80, Pekan Parit Yaani,Batu Pahat Johor
Telefon : 013-9625588 (h/p) 03-8724 9344 (pejabat)
Faks : 03-8724 9355
4.0 PROFIL PROJEK
4.1 Perniagaan Dicadang
Nama Perniagaan :A&R Laundry Sdn Bhd
Nama Didaftarkan : Dobi A&R Laundry
No. Pendaftaran : 0016574561X-U (Rujuk Sijil Pendaftaran di LAMPIRAN 5)
Alamat Perniagaan : No 13A, Jalan Pelangi Semenyih, 43500, Semenyih,Selangor.
(Rujuk perkara 6.2 di bawah untuk peta lokasi)
Tarikh Didaftarkan : 19/01/2006
Tarikh Mula Niaga : 29/01/2006
Bentuk Perniagaan : Perkongsian
Pemilik : 1) Rosmahwati Ahamd
2) Ahmad Mukhlis Mat Daud
Jenis Perniagaan : Perniagaan Kedai Dobi
5.0 ASPEK PENTADBIRAN & PENGURUSAN
5.1 Carta Organisasi
8.2 Unjuran Jualan
5.2 Senarai Pekerja Utama Dan Tugas
Nama : Rosmahwati Ahmad
Jawatan : Pengurus
Pengalaman : Rujuk Profil Pemilik di Perkara 3.1 di atas
Gaji Bulanan : RM2,500.00
Tugas : Mengurus operasi, pentadbiran dan kewangan
Nama : Abd Rahman Rahmat
Jawatan : Penyelia Kedai
Kelulusan : SPM
Pengalaman Kerja : 2 tahun bekerja di kedai dobi Ahmad
Gaji Bulanan : RM1,200.00
Tugas : Menyelia keseluruhan operasi cawangan
Nama : Roslaila Adli
Jawatan : Pembantu Kedai I,II,III & IV
Kelulusan : SPM
Pengalaman Kerja : Tidak perlu pengalaman
Gaji Bulanan : RM700.00
Tugas : Menyelia keseluruhan operasi cawangan
6.0 ASPEK OPERASI
6.1 Lokasi Premis Cadangan
No 13A, Jalan Pelangi Semenyih,43500, Semenyih, Selangor
6.2 Peta Lokasi Cadangan
6.1 Waktu / Hari Perniagaan
Waktu Perniagaan : 9.00 Pagi hingga 7.00 Malam
Hari Dibuka : Isnin Hingga Ahad
(Nota: Ahad dan Cuti Umum dibuka hingga 2.00 Petang)
Hari Cuti : Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Haji
6.2 Gambar Premis/ Perniagaan
6.2.1 Gambar Premis Cadangan
Gambar Premis - Hadapan
Gambar Premis – Ruang Dalam
6.3 Bekalan Bahan Cucian
6.5 Aliran Proses
6.5.1 Jualan Pelanggan Walk-In
7.0 Strategi Pemasaran
7.0.1 Pengiklanan
- Melancarkan laman web perniagaan.
- Mengedarkan pamplet beserta kupon harga istimewa di surau, masjid dan peti surat setiap rumah.
7.0.3 Promosi
- Promosi sepanjang musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismas.
- Penajaan hari sukan sekolah-sekolah sekitar bandar dan kampung.
7.0.4 Harga
- Harga istimewa untuk Ahli Berdaftar.
- Promosi pemegang kupon di mana dengan nilai cucian terkumpul sebanyak RM200 akan mendapat percuma cucian bernilai RM10.
7.0.5 Edaran
- Menyedia penghantaran percuma kepada pelanggan di radius 5 km.
8.0 ASPEK KEWANGAN
8.1 Keperluan Kewangan
8.2 Unjuran Jualan

8.3 Kos Jualan Perkhidmatan
8.3.1 Kos Bahan Cucian
Kos Bahan Cucian adalah dianggarkan lebih kurang 5.0% daripada nilai Jualan.
8.3.2 Kos langsung – Elektrik & Air
Kos Elektrik dan Air adalah dianggarkan lebih kurang 10.0% daripada nilai Jualan.
8.3.3 Kos Langsung - Gaji Pekerja
8.4 Sewa Premis
Kadar sewaan premis adalah RM1,500.00 sebulan. Tempoh sewaan adalah selama 2 tahun dengan pilihan penyambungan selama 2 tahun. Pemilik premis adalahSallimah Salim yang boleh dihubungi melalui telefon 0125524267. Deposit Tanda Jadi (‘Earnest Deposit’) sebanyak RM500.00 telahpun dibayar kepada beliau pada 20/12/2005. Rujuk Surat Persetujuan Sewaan beliau bertarikh 26/12/2005 seperti di LAMPIRAN 7.
8.5 Gaji Pengurus
9.0 CAGARAN & JAMINAN DICADANG
11.0 KESIMPULAN
Dengan pembiayaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) ini, saya yakin dapat memulakan perniagaan kedai dobi saya dengan menawarkan pakej perkhidmatan dobi yang lengkap dan kompetitif kepada pelanggan dan seterusnya mampu bersaing di pasaran tempatan. Dengan khidmat nasihat pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga saya pasti projek cadangan saya akan berjaya dan terus berkembang pesat.
Oleh itu, saya berharap agar pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) dapat mempertimbangkan permohonan pembiayaan saya ini bagi membolehkan saya merealisasikan impian saya membuka perniagaan Kedai Dobi di No 13A, Jalan Pelangi Semenyih,43500, Semenyih Selangor
Allahu. Semoga puan dilimpahi rezeki yg tak terhingga. Amin. Sedikit sebanyak apa yg puan share ni dpt membantu usahawan yg baru nak memulakan perniagaan macam saya. Mohon halalkan utk sy pengetahuan yg puan share ni. Terima kasih puan.
ReplyDeleteSaya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.
ReplyDelete