Nama : Vincent Tan Chee Yioun
Umur : 61
Aset : RM3.40 Billion
Sumber kekayaan: Pembangunan hartanah, telekomunikasi, pertaruan, broker saham, pembuatan, perdagangan, khidmat perhotelan dan internet, perbekalan awam, media dan insurans.
Warganegara : Malaysia
Status Perkahwinan: Berkahwin
Bilangan anak : 11 Orang.
Kronologi kejayaan Tan Sri Vincent Tan
Anak kelahiran Batu Pahat ini bermula dari bawah tetapi bercita-cita besar. Anak keempat daripada lapan beradik, mula bekerja selepas tamat sekolah. Beliau bermula sebagai kerani di United Malayan Banking Corporation (UMBC) sambil menjadi ejen insurans separuh masa untuk American International Insurance (AIA).
Hasil lumayan daripada jualan polisi insurans amat menarik minatnya. Pada 1972, dia bekerja sepenuh masa dalam bidang insurans dan menjadi penyelia agensi AIA yang paling muda ketika berusia 21 tahun. Pengalaman inilah yang memberikannya asas hubungan baik dengan pegawai tinggi kerajaan dan ahli perniagaan. Pada waktu yang sama, beliau menguruskan sewa trak dan pengangkutan sebelum terjun ke bidang import kereta dan hartanah.
Seorang yang gemar membaca majalah perniagaan, beliau akan meneliti kandungan majalah Forbes, Business Week dan Fortune yang selalu dipinjam daripada pegawai-pegawai bank. Secara tidak diduga pada 1973, beliau terbaca mengenai rangkaian restoran Mc Donald’ di dalam majalah Time, sesuatu yang kemudian mengubah hidupnya.
Beliau menulis kepada McDonald’s dan terus berbuat demikian sehingga tujuh tahun sehingga berjaya membawa restoran itu ke Malaysia. Pada tahun 1985, beliau membeli Sports Toto di peringkat awal projek penswastaan oleh kerajaan- satu langkah korporat yang membuka laluan kearah pembinaan empayarnya.
Kepentingan perniagaannya mencakupi pembangunan hartanah, telekomunikasi, pertaruan, broker saham, pembuatan, perdagangan, khidmat perhotelan dan internet, perbekalan awam, media dan insurans.
Tan juga adalah orang yang membuka kompleks membeli belah, Berjaya Times Squere yang memulakanoperasi pada Oktober 2003. Anak lelakinya, Rayvin Tan Yeong Sheik, ialah pegarah eksekutif Berjaya Group manakala abangnya, Tan Sri Danny Tan Chee Sing adalah ahli lembaga pengarah beberapa syarikatmilik Berjaya.
(sumber : Orang Kaya Malaysia, Data Niaga.)
Berjaya Corporation Berhad
The Berjaya Group telah ditubuhkan pada tahun 1984 apabila Vincent Tan telah mendapat sebuah saham kawalan di dalam saham kapital Berjaya Kawat Berhad daripada pengasasnya, BHP Ltd,Australia dan National Iron & Steel Mills, Singapura.
Sekarang ini, Berjaya Group merupakan konglomerat yang besar dengan keuntungan tahunan lebih dari RM2.93 bilion. Menerusi pemilikan,tumbesaran organik dan kepemimpinan keusahawanan daripada Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan, Berjaya Group sekarang ini mempunyai lebih daripada 17,000 pekerja, dan berurusan dengan kepelbagaian aktiviti teras. Ini termasuklah hartanah dan pembinaan, percutian, hotels & resorts, pendidikan, insurans, pemegangan pelaburan, makanan & beverages dan perniagaan industri.
Syarikat utama di bawah Berjaya Corporation yang disenaraikan di dalam Bursa Malaysia Securities Berhad adalah:
· Berjaya Land Berhad
· Berjaya Capital Berhad
· Berjaya Sports Toto Berhad
· Berjaya Media Berhad
· Cosway Corporation Berhad
· Dunham-Bush (Malaysia) Bhd
Di sini disenaraikan hartanah yang dimiliki oleh Berjaya Group.
· Inokom
· Berjaya Palace Hotel, Kota Kinabalu
· Berjaya Palace Hotel, Kota Kinabalu
· Berjaya Palace Hotel, Kota Kinabalu
Cardiff City
Sejarah bola sepak Malaysia terlakar di bumi Cardiff, Wales apabila tokoh korporat negara, Tan Sri Vincent Tan dan rakan perniagaannya, Datuk Chan Tien Ghee tanpa diduga membuat keputusan mengambil alih kelab bola sepak Cardiff City. Usahawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan dan rakan telah membeli cardiff pada Mei 2010.
Rumah kelab Cardiff dan Stadium of Cardiff mempunyai segala kemudahan latihan serta stadium yang dianggarkan mempunyai jumlah aset kira-kira RM 429.7 juta (93 juta pound).
Malah, tidak keterlaluan untuk mengatakan pengambil alihan kelab Cardiff adalah keputusan yang tepat dilakukan oleh Vincent dan Tien Ghee kerana ia boleh memberikan keuntungan jangka panjang kepada kepentingan bola sepak negara.
Walaupun mungkin status Cardiff yang beraksi di Liga Kejuaraan (Divisyen Dua) mungkin menjadi isu buat segelintir peminat bola sepak tempatan namun kelab ini sebenarnya begitu kompetitif.
Cardiff berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA 2008 dan telah berada di dalam saingan Liga Kejuaraan semenjak tahun 2003. Dave Jones, yang mempunyai pengalaman menguruskan Southampton dan Wolverhampton, menjadi tulang belakang kepada kejayaan kepada kelab yang diberi jolokan 'Bluebird'.
Pada musim hadapan, Cardiff dijangka menjadi antara calon pilihan untuk naik ke Liga Perdana England (EPL) selain Nottingham Forest, Leeds United, Middlesbourgh dan Hull City. Kela itu kini mempunyai beberapa nama besar seperti Michael Chopra, Joe Ledley, Peter Whittingham dan Jay Bothroyd.
Satu lagi prospek menarik mengenai Cardiff ialah kelab itu mempunyai sebuah akademi remaja yang diiktiraf antara yang terbaik di Liga England. Sepanjang lima tahun lalu, kelab ini telahdapat menjual kira-kira RM138.1 juta (29 juta pound) hasil daripada bakat-bakat muda yang dihasilkan di akademi.
No comments:
Post a Comment