Tuesday, December 24, 2013

OCEAN BLUE - HASRUL

Tindakan mencipta Blue Ocean di NAM Institute for the Empowerment of Women(NIEW)

-Penjimatan penggunaan elektrik.-


  •  Penghapusan

Kadar penggunaan elektrik yang tinggi di jabatan ini telah menyebabkan perbelanjaan meningkat dan boleh menjatuhkan prestasi jabatan untuk menjalan kerja. Oleh hal yang demikian, lampu akan dipadamkan jika tidak digunakan dan ditempat-tempat yang terang. Pada waktu rehat pula semua lampu akan dipadamkan sekiranya tidak digunakan. Komputer juga harus dimatikan atau dalam keadaan 'sleep' jika tidak digunakan.


  • Pembangunan

Semua pegawai diingatkan tentang perlunya menjimatkan bekalan elektrik jabatan kerana ianya akan menguntungkan semua kakitangan dan dapat meningkatkan aktiviti jabatan dengan penjimatan tersebut.


  • Penciptaan

Suiz lampu utama telah dipasang pemasa dimana pada waktu rehat sebahagian lampu utama akan terpadam secara otomatik dan keseluruhan lampu akan terpadam selepas waktu bekerja. Pegawai yang ingin bekerja selepas waktu pejabat hendaklah memaklumkan kepada pengawal supaya menghidupkan lampu. Komputer pula akan dimatikan pada masa yang telah ditetapkan.


  •  Pengurangan

Lampu tidak akan dinyalakan semuanya. Langsir yang terdapat perlu dibuka supaya kurang penggunaan lampu. Komputer juga perlu dimatikan dan dipadam skrin apabila tidak digunakan.

No comments:

Post a Comment